Penipuan yang telah dirancang

14 November 2008 oleh Xy

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu

Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu   



Bila terdengar lirik lagu Ramli Sarip dan A. Romzi ini, aku teringat satu kisah penipuan. Kisah pada tahun 1994, sewaktu aku mengikuti Kem IBU - Insan Bijak Utara(kategori bijak juga aku dulu). Selama menghadiri kem tersebut, aku ditempatkan bersama-sama ramai insan bijak dari seluruh daerah tersebut.

Kem tersebut menempatkan golongan yang hebat dalam pencapaian sukan dan akademik. Terdapat dua orang bintang sukan yang berada di dalam kelas aku. Gelaran yang boleh dibanggakan walaupun tanpa mereka sedari. Mungkin juga disebabkan aku seorang sahaja yang kenal mereka sebagai "bintang" berbanding pelajar-pelajar lain. Mereka pernah dilayan sepeeri VIP di sekolah aku dulu, duduk di dalam kelas aku dan belajar bersama-sama. Tapi mungkin aku sahaja yang kenal mereka, mereka pula sebaliknya.

Sepanjang seminggu di sana, kami perlu menghadiri pelbagai kelas yang telah ditetapkan. Terdapat seorang guru sukan yang pandai menulis lirik dan membuat lagu. Beliau merupakan seteru utama sekolah aku dalam permainan bola baling dan bola tampar. Beliau adalah guru kepada 2 orang "bintang" tersebut. Semasa kelasnya, beliau menulis di papan hijau sambil menyanyikan lagu ini. Beliau mengaku itu adalah lagu rekaan beliau sendiri.

Kami budak-budak sekolah yang jahil tentang seni muzik berpendapat, lagu yang disampaikan beliau amat sedap. "Sungguh pandai cikgu menggubah lirik", puji salah seorang pelajar. 

Kian meningkat dewasa, barulah aku sedar. Kami telah ditipu. Selama ini kami semua (insan-insan yang kononnya bijak) telah tertipu oleh seorang guru sukan. Memang sungguh sedap penipuan dan erti dalam liriknya.

Sehingga kini, masih tergiang-ngiang pengakuan beliau tentang lirik lagu tersebut.

Dari fail Terdapat  

1 kritikan:

ninie.n.ami said...

huuhuhu tkper kater bebudak skolah:P..ahahaha wei mane pigi lame tk update!