Sesungguhnya malu itu sebahagian dari iman…

01 November 2008 oleh Xy

Setiap wanita dikurniakan oleh Allah sifat malu. Kerana malu si wanita tahu menjaga kehormatannya, tahu menilai batas-batas sosialnya dan gagal diperdaya pujukan nafsu.

Namun,
Kini si wanita itu sudah hilang malunya. Kerana malu itu, terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai, gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL,

Lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu.

Dengan sifat malu,
Lelaki menasihati diri dan wanita agar bersama-sama menjaga maruah diri serta aurat.
Mengingatkan diri dan si wanita tentang batas-batas sosial, pergaulan, HALAL dan HARAM.

Kerana MALU itu,
lelaki menjaga dan mendidik nafsunya. JANGANLAH mengajak si wanita untuk berbuat dosa.

Sebaliknya, selalulah ingat-mengingati mereka dengan kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH!!!"

Sesungguhnya manusia mudah lupa. Dan demi masa manusia masih lagi alpa dan berada dalam kerugian.

Dari fail Terdapat  

4 kritikan:

ninie.n.ami said...

Mengapakah hanya ditujukan kepada wanita?lelaki juga patot ada rasa malu juga..lelaki skarang juga sudah hilang rasa malunya...lelaki wanita kedua2nya sama saja:D

Manusia Secondhand said...

Wahai pengkritik tetap. ada saja kritikan. Jangan mempersoalkan kenapa wanita? Lelaki itu sifatnya sebagai pelindung.

Jadi, untuk mewujudkan kontra
Kerana MALU itu,
lelaki sepatutnya menjaga dan mendidik nafsunya. JANGANLAH mengajak si wanita untuk berbuat dosa.

ninie.n.ami said...

tapi kalo ikotkan skang tk sumer laki yg bersifat pelindung setuju atau tidak?yer lelaki sepatutnya menjaga dan mendidik nafsunya...tetapi apa yg dilihat skang tidak terjadi begitu...lagi skali anda setuju atau tidak? :P..kalo tgk iklan2 di tv skang...perempuan selalunya akan dieksploitasikan...demi utk melariskan barang...kamu kene seksi kamu kene beraksi begini begitu...siapa yg meminta mereka berbuat demikian lelaki juga(bkn sumer laki eh) yg dianggap pelindung itu...maaf yer saya bukan seorg yg anti lelaki...

Manusia Secondhand said...

setuju. dan setuju.sebab itulah diposkan. supaya mereka ingat balik.apa tanggungjawab mereka. Hayati bait ini,
JANGANLAH mengajak si wanita untuk berbuat dosa.

Itulah PUNCA dan kunci yang kita cari. MEREKA (lelaki) yang memulakannya.