Semalam di San Francisco

04 November 2008 oleh Xy

Semalam, aku berhijrah ke San Francisco. Akibat tekanan dari kalangan penjenayah dan penguatkuasa, aku terpaksa juga berhijrah ke sana. Aku ke sana ditemani oleh salah seorang bapa saudara. Sesampai di sana, kami menaiki teksi buruk dengan bayaran sewa US 30. Memang tidak berbaloi. Mahu sahaja aku pelangkung kepala driver teksi tersebut. Puas bertengkar, akhirnya aku melunaskan harga tambang tersebut menggunakan wang yang telah dibekalkan oleh ayahku di kampung.

Sampai di rumahnya, bapa saudara bercadang untuk keluar dan  menghantar ubat kepada isterinya iaitu mak cik aku. Aku nak ikut, tetapi ditegah olehnya. Belum sampai masa katanya. Untuk menghilangkan kebosanan tinggal di rumah, aku keluar berjogging. Dapatlah aku menghirup udara segar pagi hari di sekitar Jambatan Golden Gate.

Aku keluar ke Agensi Mencari Pekerjaan Bob. Nasib aku baik. Aku ditawarkan satu pekerjaan yang gajinya dibayar mengikut kiraan minggu. Berdasarkan umurku yang masih muda, aku memohon untuk melakukan kerja yang dilakukan oleh 2 orang. Semuanya kerana ingin mendapat lebih sumber kewangan. Maklumlah berada di tempat orang, saudara pun tiada. Kerani tersebut membuat penyusunan jadual agar dapat disesuaikan dengan masa untuk aku bekerja.

Setelah penat selama seminggu mengumpul sampah-sarap di sekitar San Francisco, akhirnya usaha aku berbaloi. Aku mendapat upah setelah seharian mencari sampah sepanjang minggu. USD 100. Itulah upah pertama yang aku terima.

Aku menghulurkan USD 100 kepada bapa saudaraku sekembalinya di rumah. Kemudian, beliau menyuruh aku untuk berkemas dengan kadar segera. Aku terpaksa berpindah ke Seattle untuk menyambung pengajianku di sana. Belajar sambil bekerja. Satu perkara yang amat sukar.

Seattle!!!Aku cabar engkau!!! Nantikan kemunculan ku disana. (sambil menjerit gaya Rosyam dalam filem KL Menjerit)

Dari fail Terdapat  

3 kritikan:

bunge_tuleep said...

saya kan xde pengalaman lg bekerja sambel blaja... smpi skrg pon x kije lg... adakah sgt x menikmati idop? ngee~

ninie.n.ami said...

cerpenkah?cerita pendekkah?aku kurg mengerti..aku bkn org pertama lagi..ko dh ade pengikut setia ahahahah

Manusia Secondhand said...

bunge_tuleep - Kalau kamu rasa sangat tak menikmati hidup, mungkin aku juga sama seperti kamu. Sebetulnya, aku belum pernah bekerja sebelum ini. Salah satu keunikan juga sejak SPM. Inilah kali pertama aku mula bekerja. Mungkin selepas ini akan dimuatkan ke dalam kategori fakta-fakta pelik aku.