Dua subjek pembelajaran yang gagal

01 November 2008 oleh Xy


Tumbukan Seinci



Aku adalah seorang individu yang amat mudah dipengaruhi dan berpengaruh (kononnya). Meminati filem-filem aksi yang membuatkan paras adrenalin aku melonjak secara tiba-tiba serta merentap jantung. Sekarang, aku sedang belajar mempraktikkan hikmat tumbukan seinci. Ini berlaku gara-gara cerita Legend Of Bruce Lee yang ditayangkan di 8TV.

Tumbukan Seinci



Drama tersebut menceritakan tentang pembabitan awal Bruce Lee dan kehidupan beliau sehingga menjadi terkenal. Baru aku tahu, rupanya beliau seorang penari cha-cha sebelum belajar berkungfu. Dari tarian beliau beralih ke dunia kungfu dan seterusnya menceburkan diri dalam acara tinju. Kesannya aku dapat rumuskan, gaya pertarungan legenda Bruce Lee ini mungkin dipengaruhi oleh gabungan 3 seni yang dipelajarinya itu. Sebab itulah, aksinya seperti menari sambil menumbuk. Dengan gaya yang tersendiri, aku yakin semua itu berkat keyakinan dan latihan yang kerap. Walaupun Bruce sombong, keras kepala, berlagak pandai dan sedikit riak, beliau tetap yakin pada kemampuan diri.

Berbalik kepada tumbukan seinci, aku melihat banyak video-video lama serta dokumentari dari Youtube. Terdapat juga cara dan teknik untuk mempraktikkan gaya tumbukan ini. Sebelum menumbuk, kaki mestilah berkedudukan seperti memasang kuda-kuda. Tujuannya untuk mengumpulkan tenaga pada tumbukan. Tumbukan haruslah ditujukan tetap ke titik penumpuan. Seperti kata gurunya,

“Tenaga dari tanah, tumbukan dari hati. Ianya umpama kanak-kanak bermain kanta dan kertas. Kanta ditumpukan pada permukaan kertas sehingga kertas terbakar” - Sifu kepada Bruce Lee

Dari kata-kata gurunya dapatlah aku rumuskan, penumpuan dan kumpulan tenaga ini menghasilkan tumbukan yang padu, walaupun dalam jarak seinci. Aku mempraktikkan tumbukan ini di rumah. Tapi malangnya belum berhasil. Mungkin aku terlebih pantas dari tahap pembelajaran yang diterima oleh Bruce Lee(merujuk kepada siri tv). Beliau sekarang masih tercari-cari lagi maksud tersirat gurunya. Aku pula telah mendahuluinya sekarang.

Memandangkan aku tumbukan aku tak seberapa kuatnya, mungkin aku perlu belajar teknik asas dahulu. Aku mesti berlatih berdiri dalam kedudukan memasang kuda-kuda selama 1 hari. Mungkin minggu seterusnya, berdiri kuda-kuda sambil memegang kayu seperti yang dilakukan beliau sebelum ini. Mungkinkah aku juga perlu menghadiri kelas tarian Cha-Cha dan mewakili sekolah sepertinya?

Mungkin juga,
aku tak berbakat dalam seni tumbukan seinci. Tumbuk kayu, tangan pula yang sakit. Itu belum lagi tumbukan pada 2 lapis blok kayu ukiran(jelutong). Hancur lunyai tanganku nanti.

Haih.Lupakan saja semua itu latihan itu. Bukannya dalam pertarungan aku nak tumbuk kayu, tapi musuh. Jadi, perkara pokoknya sekarang, aku memerlukan

1. Seorang sukarelawan yang penyabar - Sukarelawan ini umpama “tikus makmal” bagi tumbukan tersebut. Kriteria utama haruslah penyabar dan mampu mengawal diri.

2. 2 orang pembantu – Untuk mememegang kayu jelutong.
3. Paramedik - Sebagai langkah persediaan.Andai terdapat kecederaan terhadap aku (dibelasah oleh sukarelawan yang hilang sabar)ataupun sukarelawan itu sendiri (yang cedera parah akibat tumbukan padu ke tulang rusuknya)


Gaya tekan tubi (2 jari) Bruce Lee



Sekarang aku tengah melihat gaya tekan tubi dua jari Bruce Lee pula. Mungkin aku berbakat dalam teknik ini. Kemungkinan itu kan sifatnya tidak terbatas? Walaupun aku tak dapat menguasai tumbukan seinci mahupun gaya tekan tubi dua jari (walaupun belum mencuba, tapi aku rasa memang susah). Sekurang-kurangnya hidup aku lebih bertuah daripada si Bruce Lee. Beliau belajar berkungfu kerana selalu dibuli di sekolah. Akibat desakan dan tekanan yang diterima semasa remaja, jadi tak mustahil dia mampu menjadi sehebat itu.

Dari fail Terdapat  

2 kritikan:

ninie.n.ami said...

jgn cuba menjadi org lain:D...ehehe

Manusia Secondhand said...

tak salah kalau mencuba. baru kita tahu keupayaan kita.haha