Kenangan semasa aku bersekolah begitu banyak. Kelas kami dikategorikan kelas yang agak terpinggir. Pernah satu ketika, ada guru merajuk dan tawar hati dengan kelas kami. Tapi kelas kami taklah teruk sangat seperti yang disangka. Seingat aku mungkin dalam 2-3 orang guru pernah "terkena" dengan budak-budak kelas kami. Menurut seorang rakan (baru berpindah sekolah), dia agak hairan pada hari pertamanya di dalam kelas. Kita namakan dia Hakim (bukan nama sebenar).
Sebaik menerima isyarat, kami semua mula berpura-pura tidur.-Gambar Hiasan
Pada hari pertamanya, dia agak takut dengan pertanyaan daripada rakan-rakan sekelas. Maklumlah pelajar baru. Lagipun dia adalah anak pengetua kami pada masa tersebut. Mungkin bapanya yang mengajaknya berpindah ke sekolah kami. Dia agak menggelabah bila kami bertanya, adakah beliau anak pengetua? Tiba waktu subjek sejarah, ketua kelas menyuruh semua pelajar berpura-pura tidur. Hakim hanya mengikut sahaja sebab tidak tahu punca sebenar pelajar sekelasnya berkelakuan demikian. Sungguh kasihan nasib cikgu tersebut, gara-gara diboikot para pelajar. Hakim pernah membuat pengakuan, seteruk-teruk sekolah lamanya, belum pernah mereka membuatkan guru mereka "termakan hati".
0 kritikan:
Post a Comment