ADAKAH MALAYSIA MEMPUNYAI BAKAT?

20 October 2008 oleh Xy

Mungkinkah realiti tv akan terus mendominasi program-program hiburan di dalam peti televisyen? Kita nantikan sahaja. Aku sememangnya anti terhadap program-program realiti tv yang kebanyakannya lebih terarah kepada hiburan semata. Jika adapun hanya beberapa kerat sahaja yang berfaedah bagi manusia, selainnya hanya Hedonisme.

Aku tidak salahkan semua rancangan realiti tv. Cuma rancangan yang berunsur hiburan menjadi sasaran hentaman aku kali ini. Ada yang memang dicedok bulat-bulat, ada juga yang telah dibuahsuai. Mengikut acuan Malaysia, kononnya untuk disesuaikan dengan masyarakat dan budaya di sini. Hasilnya dari asimilasi program-program seperti ini mewujudkan pelbagai pengaruh negatif.  Masyarakat sudah terlalu biasa dengan hiburan. Hinggakan wujud dorongan dan pengaruh tidak sihat terhadap kanak-kanak.

Entah berapa banyak lagi program akan disogokkan di Malaysia selepas era sogokan sinetron dan telenovela yang melanda negara. Kalau dahulu, banyak rancangan Bollywood disiarkan tanpa batas(walaupun pada hari raya). Sekarang, semuanya sudah berubah. Rancangan dalam format yang agak baru (hakikatnya dah lama), Realiti TV. Aku rasanya, sudah seperti berada di dalam negara asing, walaupun hakikatnya masih lagi di Malaysia. Aku tidak melanggan siaran televisyen berbayar di rumah, tetapi rancangan yang disajikan umpama siaran rancangan televisyen satelit. Adakah ini satu keuntungan bagi aku? Aku sudah bosan disajikan dengan rancangan-rancangan ini. Cukuplahlah sekadar lambakan masyarakat berbilang kerakyatan. Janganlah sampai ke siaran  tv pun turut sama terkena tempias kejutan budaya ini.

Mungkin kucing ini bakal menjadi "bintang" dalam The Trucat Show.

Dari fail Terdapat  

2 kritikan:

Ninie Ahmad said...

Ader kebaikan ade keburukan..tapinya biler tgk rancangan2 semacam itu dah semakin byk(adanya yg tk besh langsung) mmg boleh dianggap ala2 hedonisme...kamu patut membaca 'Advencer si Peniup Ney'oleh Faisal Tehrani...kisah pengembaraan seorg pemuda alim bersama2 jin2 yg alim ke negara yg mengamalkan hedonisme..sgt menarik sampai nama siti pon masuk ehehehe...

Xy said...

antara contoh realiti yang merapu ialah superhero tu.macam ala-ala bengong.Who Wants to Be a Superhero? Mana-mana penerbit yang buat kat Malaysia, memang aku tabik.