APA KEBAIKAN SINETRON, TELENOVELA, SOAP OPERA DAN SEBAGAINYA?

21 October 2008 oleh Xy

1.Belajar bahasa asing.

Kita tidak perlu lagi menghabiskan masa lagi ke kelas-kelas bahasa asing. Kesemua bahasa yang digunapakai biasanya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Anda hanya perlu mencatit sahaja. Percayalah! Ianya percuma.

Pelajarilah  bahasa asing secara percuma dengan menonton tv.

2. Mencuci mata.

Istilah mencuci mata disini bukannya seperti yang anda fikirkan. Luaskan sedikit kotak pemikiran kita. Ianya lebih kepada acara tangisan dan ratapan para penonton setia rancangan-rancangan ini. Aktiviti ini sihat untuk mata anda setelah sekian lama terjejas akibat habuk, jerebu dan pencemaran-pencemaran lain.

Tangisan terapi untuk mata.

3. Mengisi masa lapang.

Para penonton siri televisyen (biasanya suri rumah) menghabiskan masa lapang mereka dengan menonton rancangan ini di kaca tv. Daripada dihabiskan masa berjam-jam dengan sia-sia, lebih baik menonton siri ini (yang entah berapa ratus episod). Sekurangnya, masa yang terluang begitu sahaja telah terisi.

Mengisi masa terluang berjam-jam di kaca tv

4. Menghiburkan hati yang lara

Khas untuk para pelajar yang mengalami tekanan di sekolah, para pekerja yang mengalami stress dan orang yang mengalami kebuntuan fikiran. Siri rancangan ini, kadangkala menampilkan aksi lakonan lucu dan pintar ala-ala pelawak ngeri yang tidak masuk akal. Walau apa sekali pun punca masalahnya, ianya akan menghiburkan anda. Ini sedikit sebanyak menghilangkan ketegangan anda sewaktu berada di rumah. Mungkin gaya penyampaian lawak mereka lebih baik dari melayan kerenah anak-anak anda di rumah.

Kadangkala, mereka juga membuat penampilan istimewa di dalam rancangan tv.

Dari fail Terdapat  

1 kritikan:

Ninie Ahmad said...

yer semua yg disebut kamu semuanya betol..sebab aku adalah salah sorg penggemar telenovela:)...