Rancangan Televisyen 198X

28 September 2008 oleh Xy

1.  Gaban

"Wa kacau wa kacau kenangga". Lagu yang aku tak berapa nak boleh blah bila terbayangkan bagaimanalah agaknya rupa penyanyi asal lagu Gaban tu bila mendendangkan lagu tema tersebut dengan penuh semangat dan perasaan. Kesan paling besar siri ini sehingga wujudnya kata-kata yang menggunakan gaban dalam percakapan harian. Contohya, "Aku dah letih tahap gaban ni". Kalau anda tidak percaya dengan kenyataan ini, bolehlah melawat komen-komen di Youtube.com. Memang pengaruhnya amat besar.

Berikut adalah komen-komen mereka,

orangAsia86 : gaban!aku bertukar!hahaha...igt lagi zaman kanak2..semua org aku belasah lepas tgk cite gaban nie...mengelabah abg aku bila akuy bertukar jadi gaban..ekeekee...cite ni ngan lagu dye,mmg sodap..kostum yg menarik...tv2,kul 10 pagi thn 1996

hornbill10 : ingat lagi lari kat umah member yg ade karan 24jam... semata mata nak tgk gaban... cian.... gaban punye pasal sanggup... rindu siot.....

Dalam banyak-banyak komen ini, ada seorang budak yang perangai dan gayanya sama seperti aku,

shahlangsi : aku ponteng skola agama nak tgk gaban..setiap hari khamis..5.00ptg pukul 4.30ptg suria perkasa hitam..package tue aku dapat..heheheh

(mungkin aku baik sikit, sebab kadang-kadang saja ponteng, balik awal tu memang selalu)

Gaban: Hai kawan-kawan. Masih ingat dengan saya? Akulah Polis Angkasa Gaban.

Aksi paling bergaya.

Gaban mempunyai pelbagai gaya yang menarik. Ianya juga sehebat David Carusso. dalam CSI.

Walaupun kadang-kadang kelihatan agak mengada-ngada sikit, bila kita dah semakin dewasa kita makin pandai menilai. Kalau dahulu, hari Khamis jam 5 petang, aku akan balik awal dari kelas petang (fardhu ain). Ponteng kelas dan balik awal semata-mata untuk menonton rancangan ini. Laser Z Beam!!!

Aksi lompat huruf T


Aksi menggelungsur di atas kereta

2.  Air Wolf

Antara siri kegemaran aku semasa zaman kanak-kanak. Kisah kecanggihan sebuah helicopter yang begitu hebat pada era tersebut. Aku pernah menjadi taksub dengan kekuatan dan senjata yang ada pada jentera ini. Sehinggakan airwolf menjadi subjek utama di dalam kelas seni, contengan pada buku dan sebagainya.



3.  Dragon Ball Z (Mutiara Naga)

Siri kartun yang "tak lekang dek panas dan tak lapok dek hujan" ini terus menjadi kegilaan kanak-kanak hingga ke hari ini. Pelbagai koleksi permainan juga pernah aku beli. Siri ini ditayangkan pada hari ahad. Kadang-kadang jika ada kesempatan memonteng sekolah, dapatlah juga aku tonton siri kartun ini. Tapi tak boleh kerap sangat. Nanti disyaki niat sebenar aku ponteng sekolah. Mungkin guru-guru di Kedah juga sudah sedia maklum kenapa kedatangan murid-murid mereka merosot setiap hari Ahad. Inilah salah satu puncanya. Ini pengakuan ikhlas dari aku.


4.  Tom & Jerry

Siri kartun yang mengisahkan telatah 2 watak utama Tom dan Jerry ini juga amat kuat pengaruhnya. Masakan tidak, seorang kawan aku mendapat parut di kepalanya gara-gara berlari untuk menonton Tom & Jerry. Mungkin siri kartun baru mula ditayangkan, tetapi beliau takut terlepas walau sedikit. Semasa berlari, lantai rumahnya licin. Beliau jatuh lalu terlanggar pintu bilik. Kesannya parut di dahi yang masih kekal hingga ke hari ini. Sedikit keayuannya pada wajahnya hilang hasil penangan si tikus dan si kucing ini.



Dari fail Terdapat  

0 kritikan: