Pernahkan anda makan murtabak ayam dan daging??? Rasanya susah nak jumpa sekarang ni murtabak ayam dan daging yang betul-betul asli. Mungkin disebabkan itu juga, barang-barang seperti bawang naik harga di pasaran. Bila sebut pasal turun naik harga, teringat aku pada keluk penawaran dan permintaan dalam subjek ekonomi asas di sekolah dulu. Apabila permintaan tinggi, maka penawaran akan bertambah. Jika penawaran kurang, harga akan bertambah.
Mungkin disebabkan penggunaan bawang yang banyak dalam bahan seperti murtabak, maka harganya juga meningkat. Ini mungkin juga diakibatkan oleh faktor penawaran yang sedikit yang tidak dapat memenuhi keperluan dan permintaan pengguna iaitu dari pengeluar, pemborong bawang, penjual bawang, penjual murtabak dan pembeli. Semua bahan dalam murtabak memerlukan bawang dari isi sampai ke kuahnya. Adakah kepupusan murtabak ayam dan bawang disebabkan oleh faktor wabak H5N1 (selesema burung) dan lembu-lembu telah dihidapi penyakit kuku dan mulut.Adakah faktor ini yang menyebabkan kenapa isi murtabak penuh dengan bawang? Tepuk dada tanya selera.
JANGAN HANYA FIKIRKAN UNTUNG!!! Fikirlah nasib orang lain. Mereka juga perlukan bawang dalam masakan.
0 kritikan:
Post a Comment