Bulan ramadan bulan yang penuh dengan keberkatan. Tapi ada segelintir manusia yang mencemarkan bulan ini akibat sifat tamak. Ada golongan yang masih lagi TIDAK BERPUASA. Walaupun umur dah tua, tapi masih tak boleh nak puasa. MEMALUKAN. Golongan ini patut dipindahkan lokasinya ke Zanzibar,Afrika. Bila ditangkap, mungkin mereka takkan dibawa dengan van jenazah lagi. Hukumannya penjara 1 tahun. Itu baru sebahagian hukuman di dunia, belum lagi terima hukuman di akhirat. Sepatutnya dah tua-tua, kena banyak beramal. Tunjukkan contoh yang baik pada anak-anak dan budak-budak.
OPS KAKI PONTENG PUASA
Bulan Ramadhan memang bulan penuh berkat. JANGANLAH HENDAK MENAMBAH REZEKI DENGAN CARA MUDAH!!!
Ada pula sebilangan manusia lain yang berpuasa. Tetapi mencari rezeki dengan menangguk di air keruh. Bukan memancing ikan, tapi manusia. Manusia tua yang tak berpuasa, manusia tua yang kaki ponteng puasa.Kalau pancing ikan, pakai umpan cacing, cengkerik dan sebagainya. Nak umpan manusia lain pula. Bukan sembarangan umpan. Mereka hanya sajikan pelbagai menu makanan. Berjualan seawal pagi.Khas untuk orang tua kaki ponteng yang posa Yangyuk.Teringat pulak pantun masa kecil dulu.Posa Yangyuk, pagi-pagi seluk periuk. Untuk kaki ponteng puasa ni, hidanglah apa saja jenis menu, tentu laris. Jualan mereka memang laris dan laku habis. Berbekalkan modal yang sedikit pun, sudah boleh untung banyak. Letak harga mahal dan jual harga 2 kali ganda pun ada orang sanggup beli. Tak ada pula orang lapor dekat KPDNHEP sebab harga tinggi sempena kenaikan harga pada musim perayaan. Sepatutnya, mereka berusaha dengan cara yang betul. Carilah rezeki yang halal dan berkat. Tambah pula pada bulan yang penuh keberkatan dan magfirah ini. Elakkan syubhat. Dapat duit pun tak berkat. Nak buat apa??? Bagi makan anak isteri, jadi darah daging...
Insaflah wahai manusia-manusia yang tak berpuasa!!!!!
Memang seperti yang kita ketahui dalam al Quran sudah dijanjikan bulan Ramadhan adalah bulan penuh magfirah dan pengampunan. Untuk itulah setiap muslim berlumba-lumba mendapatkan pahala yang lebih di bulan ramadhan ini.Janganlah kerana WANG, manusia sanggup mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai umat Islam.Sentiasalah berpesan-pesan.
INGAT!!! Khaf Ba Ro Khaf Alif Tha Nun(Teringat aku pada watak Khatijah Tan dalam siri Dunia Baru)
0 kritikan:
Post a Comment