Mencurah air ke drama-drama picisan

08 January 2009 oleh Xy


Kebanyakan rancangan televisyen sekarang semakin hebat. Seiring dengan perkembangan teknologi yang serba moden, penghasilan drama menjadi semakin mundur. Ini mungkin disebabkan kesan kebanjiran rancangan luar yang berada dalam pasaran tempatan. Drama-drama tv juga sudah semakin mundur. Banyak karya yang bersifat ‘bodoh’ terhasil. Mungkin inilah tempias yang terpaksa kita terima. Mungkin juga, inilah trend pasaran sekarang. Jadi, tak hairanlah wujudnya drama ala sinetron (yang kebanyakannya mengarut) di Malaysia.

Menjelang malam selepas berita , akan disiarkan drama-drama yang tak masuk akal. Si Betik, Si Bodoh Dungu & Kaca Mata Besarnya (sekadar menyebut beberapa nama). Inilah drama-drama, yang membuatkan aku loya. Kebodohan yang dibuat-buat, daif, pengotor dan sebagainya. Lawak yang basi, diungkap dan diulang-ulang setiap minggu. Klise. 

Kategori kebodohan yang dibuat-buat jatuh kepada siri Puniandi. Terdapat 3 watak utama dalam siri ini, dimana salah seorangnya adalah seorang ‘pak lawak’(gelaran bagi tukang lawak dalam sesebuah kumpulan). Dalam setiap episod, watak sahabat Puniandi, selalunya menyampuk dengan gaya bodoh-bodoh alang.

Sudahlah, aku sudah muak disajikan dengan rancangan-rancangan bodoh ini. Berlaku pertelingkahan kecil, apabila aku menonton bersama sanak saudara dalam perebutan siaran. Aku menonton sambil menyumpah dan mengkritik tentang ketidaklogikan akal yang terhasil dari karya picisan mereka. Terasa begitu terseksa untuk menghabiskan tontonan, walaupun hanya 30 minit. Ini belum lagi dicampur dengan longgokan iklan yang kerap.

Jadi, dapatlah dirumuskan disini, bahawa waktu perdana tersebut hanya untuk tontonan kanak-kanak dan bukan untuk seisi keluarga. Walaupun diklasifikasikan dengan tanda U (untuk tontonan umum). Ini kerana, setiap kali rancangan bodoh itu keudara, berlaku pertelingkahan sesama ahli keluarga. 

Stesen televisyen perlu merombak semula rancangan dan pemilihan drama yang bakal disajikan kepada para penonton. Ianya dapat memastikan agar siarannya tidak didominasi oleh sesetengah pengarah. Mungkin inilah puncanya, dimana pengarah tersebut kekeringan idea kerana terlalu banyak drama yang perlu diarah dan dihasilkannya sepanjang tahun. Ada juga sebahagian pengarah yang mengejar kuantiti drama sehingga mengabaikan aspek kualiti yang sepatutnya sehingga nama beliau bakal tercatat di dalam Malaysia Guiness Book of Records.

Jika dilihat di kaca tv sekarang, dari pagi sampai ke tengah malam, purata rancangan luar yang disiarkan begitu banyak. Rancangan ini banyak memberi pengaruh sebenarnya. Kalau dulu, anak saudara aku bercakap gaya kartun Pingu, kemudian menginjak dewasa dengan bahasa baku rancangan Dora The Explorer, mungkin satu hari nanti dia juga akan bercakap bahasa Indonesia di sekolah. Jangan pula cikgu-cikgu hairan. Itulah pengaruh.

3 kritikan:

Ninie Ahmad said...

ahahaha..menarik entry kali nih...erm stesen tv just doing their job...erm siarkan ape yg dorg rase penonton suker...erm mestila dorg dh buat kajian pasal nih...nk untung biasele tuh...sesetengah ye mmg bodo..tp sesetengahnya menghiburkan jugek...kalo time2 perlukan hiburan yg tk baper nk pandai tuh:D

Xy said...

ya..semua orang memerlukan hiburan..tapi janganlah sampai hiburan yang memperbodohkan diri..hiburan yang pintar dan bermesej macam karya2 mamat khalid ok la jugak.

Xy said...
This comment has been removed by the author.