Aku berharap pemboikotan ini tidak berbentuk hangat hangat tahi ayam. Permulaan sahaja riuh rendah, kerap forwadkan emel untuk senarai barangan, pakat-pakat boikot, dan sebagainya. Selang 2 -3 bulan terus lupa, beli juga barangan-barangan yang mereka boikot sebelumnya.
Memang diakui, barangan keperluan harian kita yang berlambak di pasaran, kebanyakannya adalah produk dari Amerika. Mereka juga sekutu kuat Zionis Israel. Tapi untuk menentang mereka tentu kita tak berjaya. Jadi apa yang perlu kita lakukan, adalah dengan kuasa ekonomi. Dengan memboikot produk keluaran Amerika, sedikit sebanyak dapat melumpuhkan sistem ekonomi mereka yang kini sudah semakin pincang. Jadi, kesempatan inilah yang perlu kita gunakan dengan sebaiknya.
Usaha ini kelihatan kecil, tetapi memberi impak yang besar dalam sistem ekonomi mereka.
Apakah antara barangan wajib diboikot?
Layari laman web PPIM, http://www.muslimconsumer.org.my/ppim
Belilah barangan tempatan, sokonglah IKS, industri makanan dan kuih tradisional.
2 kritikan:
dok kat jepun ni serius benda2 tu sumer dah boikot. sin sumer benda jepun.
tapi , seriusly kalu leh nak sumer orang boikot menda2 israel ni kan~
betul...tp pengaruh israel tu banyak..tambah2 barang usa...
Post a Comment