Teknik pemeringkatan 2 kali dan kewujudan "Kaki Press"

28 October 2008 oleh Xy

Salah satu perkara yang amat popular pada zaman persekolahan aku dahulu ialah menggelarkan nama rakan-rakan sekelas dengan nama bapa mereka. Mungkin inilah trend pada zaman tersebut. Perkara pertama yang dilakukan, membuka buku rekod dan kedatangan pelajar. Di bahagian belakang buku inilah tersimpan segala rahsia. Rahsia tentang maklumat ibu bapa dan nenek moyang mereka dapat dibongkar. 

Di dalam kelas amali sains, cikgu yang mengajar sering memanggil nama-nama para pelajar. Ianya bertujuan untuk memastikan mereka tidak ponteng kelas. Sebenarnya, pihak sekolah telah memperkenalkan cara tersendiri untuk memastikan pelajar-pelajar tidak ponteng - Penanda Kehadiran yang ditanda dan dikuasai oleh ketua kelas. Tapi disebabkan ketua kelas kami yang ikut sama terlibat dalam aktiviti ponteng-memonteng, maka keberkesanan sistem ini amat diragui oleh guru-guru. Jadi guru-guru terpaksa membuat inisiatif tersendiri bagi mengelakkan perkara ini berlaku secara berleluasa. Maka wujudlah, teknik pemeringkatan 2 kali

Bila disebut sahaja nama seorang demi seorang pelajar, terdengar sekali suara-suara lain umpama penyanyi latar yang bersahut-sahutan di dalam kelas.

Cikgu Muliati : Mohd Aidil

Pelajar :Mohammed( bayangkan dengan kesan echo)

Cikgu Muliati :Ahmad Junaidi

Pelajar :Hassan Sabri ( bayangkan dengan kesan echo)

Cikgu Muliati :Dzulrizal

Pelajar :Zuhri ( bayangkan dengan kesan echo lagi)

Itu belum lagi termasuk dengan individu yang kaki press (menekan perkataan hingga membingitkan dan menyakitkan hati). Spesis kaki press  ini memang banyak terdapat di dalam kelas aku. Istilah ini kemungkinan hanya diketahui oleh kami sahaja.

Dari fail Terdapat  

4 kritikan:

ninie.n.ami said...

iyer...suke benor dorg dok persendakan name bapak org yer..aku pernah kena mase aku darjah 4 sorang budak kat sekolah agama aku(sekolah agama bumi hijau)...dier tau name bapak aku Ahmad..slhnyer sbb aku nih pandai sgt dok tulis kt depan beg aku Nurainnie Binti Ahmad..selepas pada tuh hari2 dier panggil aku Ahmad Tomyam..mula2 aku rimas..yer sgt rimas..siap ckp ayah aku tk jual tomyam la...tapi lame2 buat aku terpikir...budak laki2 yg salu suka mengusik beria begini..dier suka sebenarnya dengan budak pompuan tuh?betol aku sekiranya aku slh ehehehe..ya aku betol!

Manusia Secondhand said...

dia cari point nak tackle la tu. Dulu aku ada kawan jugak Masri Junaidi b Abdul Majid. Kebetulan ada syarikat pembuat cili boh ada nama Majid. Terus kena gelaran Majid Cili Boh.

joe keretasewa said...

hehehehehehe.... zaman skolah punya cerita....

Xy said...

joe kereta...macam kenai..bukankan kalian ini kawannya ahmad junaidi bin hassan sabri???