Kenapa graduan menganggur?

25 October 2008 oleh Xy

1. Kemahiran yang pelbagai (multi-skills person)

Kebanyakannya mempunyai pelbagai kemahiran (multi skills). Lihat sajalah di dalam kad perniagaan mereka. Pelbagai perkhidmatan dapat disediakan mereka. Contohnya, Graphic Designer(pereka grafik). Kemahiran lain yang mereka ada(terpapar di kad) adalah fotografi, animasi, rekabentuk model 3d, pereka web serta apa sahaja yang berkaitan dengan seni visual. Kesemuanya perkhidmatan dapat mereka tawarkan. Jadi, ianya menyempitkan ruang dan pekerjaan untuk para graduan jurusan bidang tersebut.

Aku tak salahkan mereka, mereka mempunyai bakat. Tapi, mungkin disebabkan kemahiran yang pelbagai ini, mereka hilang fokus. Jadi mereka tidak dapat menumpukan perhatian dan kerja yang memuaskan di dalam bidang ini. Inilah pentingkan pengkhususan dalam kerja.

Pelbagai perkhidmatan disediakan dalam satu pakej. Gambar sekadar hiasan

Graduan jurusan lain juga seperti seni bina juga mempunyai kemahiran lain. Walaupun berkelulusan dalam bidang seni bina, senireka dalaman dan sebagainya, mereka masih lagi mempunyai kemahiran lain seperti rekaan grafik dan fotografi. Walaupun permulaannya hanya sekadar hobi atau sekadar suka-suka (menyunting gambar di dalam myspace atau friendster). Mereka berani meletakkan diri setanding dengan orang yang berkecimpung di dalam bidang tersebut. Maka, lahirlah graduan yang serba boleh. Ini yang kita perlukan pada era globalisasi ini- "kemahiran yang pelbagai".

Kesan dari kecelaruan jurusan ini, maka lahirlah pereka yang tidak layak digelar pereka(tidak menepati tahap). Mereka hanya pandai menyuntingan gambar, tahu tentang basic adjustment seperti contrast, level dan crop (tak tahu menggunakan fungsi peralatan lain)menciplak karya dari internet, menggunakan brush secara berleluasa (hasilkan rekaan dengan brush semata-mata tanpa motif) dan rekaan lain yang entah apa-apa. Wujudnya jurugambar auto DSLR (yang sekadar mengambil gambar tanpa penyelarasan pada kamera). Mereka tidak mengetahui apa itu ISO, dedahan, shutter, aperture dan teori-teori lain.

Jika ada diantara mereka ini yang berbakat, rasanya memang tak salah. Malah kedatangan graduan dari jurusan lain amat dialukan bagi merancakkan lagi seni visual dan seni reka tempatan. 

2. Kecelaruan dalam bidang (permohonan dalam talian)

Kebanyakan laman web sudah mengalami kecelaruan bidang sebagai syarat kelayakan untuk memohon jawatan melalui talian. Contohnya, kekosongan jawatan sebagai pereka di kilang kasut (shoe and footwear). Kelulusan pemohon adalah teknologi kasut, tetapi syarat untuk jawatan itu tertulis Anda tidak layak - Mengikut maklumat kelayakan yang anda nyatakan kepada sistem, anda dikira tidak layak untuk kekosongan ini. Sila kemaskini maklumat kelayakan anda sekiranya anda merasakan anda layak atau pilih kekosongan lain. Bila disemak pada sistem, syarat kelayakan adalah dalam bidang senireka fesyen. Apakah anda tersalah jurusan? Mungkin kelulusan anda untuk sektor lain?

Kes ke-2, 

Kekosongan jawatan sebagai jurugambar. Kelulusan pemohon adalah dari bidang fotografi, tetapi syarat untuk jawatan itu, masih tertulis Anda tidak layak - Mengikut maklumat kelayakan yang anda nyatakan kepada sistem, anda dikira tidak layak untuk kekosongan ini. Sila kemaskini maklumat kelayakan anda sekiranya anda merasakan anda layak atau pilih kekosongan lain (sakit hati tak?). Bila disemak pada sistem, syarat kelayakan adalah dalam bidang seni reka grafik. Apakah anda tersalah jurusan lagi? Mungkin kelulusan anda untuk sektor lain juga?

Mungkin mengikut sistem,

1. Kekosongan jawatan sebagai pereka kasut?

Diisi untuk mereka yang berkelulusan dalam rekaan fesyen.

(Mungkinkah pereka-pereka kasut ternama sebelum ini, terhasil dari graduan jurusan fesyen? Mereka mungkin kreatif di dalam rekaan baju, jadi tak mustahil mereka dapat menggunakan kemahiran jahitan dalam pembuatan kasut)

2. Kekosongan jawatan sebagai jurugambar?

Diisi untuk mereka yang berkelulusan dalam rekaan grafik.

Mereka bekerja dalam bidang rekaan, jadi untuk menyunting dan memanipulasikan gambar memerlukan kelayakan dalam bidang seni reka grafik. Ini disebabkan pendedahan asas dalam kelas fotografi (2 jam kredit) yang diambil semasa pengajian mereka di IPTA dan IPTS. Mungkin juga, kemampuan mereka membeli dan mengambil gambar dengan kamera DSLR yang dibeli semasa kelas pengajian.

Contoh-contoh lain yang malas hendak dihuraikan.

3. Kekosongan jawatan sebagai pereka grafik?

Diisi untuk mereka yang berkelulusan dalam rekaan multimedia atau animasi

4. Kekosongan jawatan sebagai juru video?

Diisi untuk mereka yang berkelulusan dalam bidang fotografi

5. Kekosongan jawatan dalam bidang seni persembahan atau filem?

Diisi untuk mereka yang berkelulusan dalam bidang seni audio dan visual.



Dari fail Terdapat  

3 kritikan:

Kekanak Tokyo said...

Tapi kan, apa yang menjadikan graduan kita pelbagai kebolehan tu adalah sebab penawar kerja sendiri. Kalu pi interview mesti dia tanya. Apa kebolehan yang anda ada dan biasanya sapa yang lagi banyak tu lah yang akan dapat kerja kan?

Budak-Budak Bermain Kotak said...

memang la.tu semua macam bonus dan batu loncatan.tapi selalunya masih lagi dalam bidang yang berkaitan. kalau dah lari bidang dan terlampau banyak pulak,lain pula kesan dia dlm pekerjaan nanti. sekurangnya mereka kena fokus (walaupun banyak kemahiran)

wywy said...

cuba iklankan diri anda untuk cari kerja,jangan anda tunggu kerja yang mengiklan???bagi yang tengah menganggur silalah kunjungi=www.diwaris.com/?ref=BISMILLA


jadikan ia sebagai kerja sampingan anda..sya jamin anda tiada unsur penipuan.