Permainan di sekolah 198X

29 September 2008 oleh Xy

1.  Warna Air PANDA

Warna air yang diimport khas dari China ini memang terkenal pada era 198X ini. Harganya juga amat berpatutan. Bila digunakan bersama berus murah dan HARAM, ianya dapat menghasilkan kualiti dan lukisan yang cantik. Tidak hairanlah mengapa ianya menjadi pilihan anak muda pada masa dulu. 

MESEJ : Panda sudah semakin pupus. Janganlah pada masa depan, generasi kita hanya dapat melihat panda hanya sebagai ikon dan medium cetakan sahaja.

2.  Kotak Pensel Mc Gyver

Sesiapa yang memiliki kotak pensel ini adalah terdiri dari golongan yang agak mewah dan kreatif. Biasanya dimiliki oleh anak-anak cikgu. Menurut kawan aku, dia pernah digelar Mc Gyver di sekolah gara-gara mempunyai kotak pensel jenis ini. Dia mendapat gelaran sedemikian , walaupun hakikatnya dia seorang perempuan. Kalaulah aku, aku akan gelarnya Mek Gyver. Mungkin dia akan terasa sedikit bangga dengan gelaran ini.

Aku hanya pinjam kotak pensel ini sebab tak mampu nak beli. Bijak lagi. Aku mengambil kesempatan untuk mengasah pensel meggunakan gerumit yang terdapat pada kotak pensel tersebut. Kadangkala ianya juga disertakan dengan permainan Pinball . Kadang-kadang aku juga bermain kotak tersebut sebagai mainan robot. Ini kerana, ianya umpama robot Transformers yang berkeupayaan untuk merubah rupa bentuk. Pendek kata, antara ciptaan yang tercanggih era 198X.

Antara rekaan yang terbaik dan ergonomik di abad ini.

3.  Koleksi Pemadam Pensel

Pemadam pensel jenis ini mudah didapati di kedai-kedai runcit berdekatan dengan sekolah. Kadangkala dijual longgok dan biji. Terdapat pelbagai jenis rekaan. Antara yang menarik ialah koleksi negara-negara serata dunia.Kadangkala, akibat otak yang kreatif, para pelajar akan menggunakan pemadam ini sebagai permainan di waktu senggang. Cara permainannya yang direka amat mudah.

Pemadam digolekkan supaya menindih pemadam lawan. Pemenang tegar biasanya mempunyai koleksi pemadam yang banyak hasil dari kemenangan selama mereka berkecimpung dalam permainan ini. Ia juga menjadi punca perbalahan dan pergaduhan kecil di kalangan pelajar. Ini mungkin diakibatkan rasa ketidakkepuasan hati dari pihak yang menang mahupun yang kalah.

Trofi kemenangan diukur berdasarkan jumlah pemadam yang dikumpul dari mangsa-mangsa pembuli pemadam

Dari fail Terdapat  

2 kritikan:

a l i a a z w e e n said...

hehe menarik gila.
tingat dlu pakai waterkaler la.
beli pemadam byk2, nak lawan. :D
besh2.

Muhammad Huzaifah Bulat said...

Hahaha tringat zmn knak2..gusti pmadam pling top dlu