Permainan 198X

28 September 2008 oleh Xy

PERHATIAN! Semua permainan yang disenaraikan ini mungkin sudah pupus dan tidak wujud lagi pada masa kini. Kesemua permainan ini, amat mudah diperolehi oleh aku.(sebab abang aku ada kedai, kadang-kadang aku yang jaga)

Permainan Keropok Ali Baba

Permainan ini diperoleh dari dalam bungkusan keropok Ali Baba. Terdapat pelbagai jenis permainan yang menarik untuk kanak-kanak pada zaman tersebut. Ramai kanak-kanak teruja dengan permainan-permainan Ali Baba, termasuk juga aku. Sekarang dah tak wujud lagi rasanya keropok ni.Contoh permainan:

1) Basikal Tarik-Tarik
2) Pistol @ Senapang Melekat
Pistol Meletup
Pistol jenis ini sangat mudah diperolehi serta mudah dibeli. Pelurunya dijual mengikut kiraan bullet, papan atau rangkai. Aku selalu merembat peluru ini dari kedai abang aku. Patutlah habis selalu (aku yang rembat, maunya tak laris).
Kadang-kadang, dengan pembelian pistol ini juga anda layak mendapat kelonsong peluru putih secara percuma. Bila digabungkan dengan peluru merah, ianya akan mencetuskan impak yang amat dasyat (abang aku penah kena tembak dengan aku, dia saja yang tahu azab sakitnya)



Gambar 1 : Bahan bukti kes, pistol bersama 72 biji peluru merah (bullet). Tidak kelihatan dalam gambar ialah kelonsong peluru putih yang telah digunakan.
Belon Tiub
Belon jenis ini kadangkala diperolehi secara percuma apabila anda membeli Keropok Ali Baba. Kadang-kadang, ianya juga dijual secara berasingan samada pakej beli satu percuma satu atau pun dibungkus bersama belon getah.


AWAS! Bila belon ditiup besar, kemungkinan muka anda akan dipenuhi dan disaluti dengan belon (larva belon)
Gambar 1: Seorang model menunjukkan cara dan aksi tiupan belon dengan menahan nafas.
Patung Combat
Patung Combat ini sangat mudah diperolehi juga (abang aku yang beli) Abang aku seorang yang fanatik dangan ketenteraan. Jadi dia yang belikan. Kami bermain di tepi rumah atuk aku. Patung Combat disusun mengikut strategi. Tapi biasanya aku main cheat sikit. Aku akan letakkan di akar-akar pokok, tanam separuh kaki, bersandar di belakang batu ataupun sembunyi sampai tak jumpa-jumpa.
Permainannya mudah. Abang aku akan mula mencari orang-orang aku. Lepas tu, dia akan ambil sebiji batu. Lalu dibalingkan ke arah askar-askar aku yang sedang bersembunyi. Menarik kan? Akibat penipuan aku, askar aku sentiasa menang. Selepas satu balingan, tiba giliran aku. Aku akan mengambil batu lada segenggam. Bila dibaling, ianya umpama serangan hendap dengan menggunakan machine gun, peluru tabur, bom berangkai dan senjata yang seumpamanya. Bijak kan? Kadang-kadang bila bosan, kami akan membuat bom api (molotov cocktail). Kiranya, akan musnahlah kem askar-askar tu sambil menyalai mangsa-mangsa yang sudah kudung kakinya. Begitu ganas lagaknya.
Gambar 1: Antara askar yang menjadi buruan dan mangsa kami (kecuali yang merah susu tu, tak penah jumpa pun) Adakah ia termasuk dalam kategori anak itik yang hodoh?
AWAS! Semua teknik penipuan aku adalah contoh untuk mencapai kemenangan. Ianya tidak patut menjadi ikutan dan diamalkan oleh kanak-kanak pada masa kini. Pengawasan dari orang dewasa amatlah perlu.
Kad Mini
Kad mini ini dijual dalam bentuk kepingan atau helaian. Ialah perlu diceraikan untuk memulakan permainan. Tetapi ada pelbagai versi permainannya. Antaranya
a)Versi Tepuk Angin
Kad diletak terbalik di atas lantai. Pemain akan menepuk mengikut giliran sehingga kad berpusing. Tahap kekuatan angin tepukan menjadi faktor kemenangan. Tapi teori ini disangkal oleh aku. Bagi aku, kadangkala bebijaksaan mengatasi segalanya. Sebabnya bila tiba giliran aku. Aku akan melipat sedikit kad ke atas. Teknik ini memudahkan kad berpusing. Bila tepukan kuat, kemungkinan kad berpusing semakin tipis. Ini mungkin akibat angin lintang ( kad berpusing gaya lompat balik kuang ( sommersault ). Justeru kekuatan tepukan bukanlah faktor utama.
a)Versi Tepuk Tangan
Kad diletak di atas tapak tangan. Pemain akan menepuk kad yang ada di tangan bersama-sama pemain lawan sehingga kad berpusing. Apabila pertembungan berlaku, impaknya menyebabkan kad jatuh ke bawah dan berpusing. Bila tepukan kuat, kemungkinan tangan yang akan sakit. Ini mungkin akibat tahap kepulunan pemain lawan yang berusaha untuk menang.Teori kemenangan aku mudah. Aku akan menurunkan tangan aku sedikit ke bawah. Kemungkinan kad aku untuk berpusing adalah sedikit. Jadi, akulah yang menang. Mungkin juga faktor graviti. 
Contoh cetakan dan imej pada kad mini. Gambar sekadar hiasan
Gambar 2 : Kad-kad yang dimenangi oleh aku hasil dari teknik "rahsia".
AWAS! Semua teknik penipuan aku adalah contoh untuk mencapai kemenangan. Ianya tidak patut menjadi ikutan dan diamalkan oleh kanak-kanak pada masa kini. Pengawasan dari orang dewasa amatlah perlu.







Dari fail Terdapat  

1 kritikan:

lovely cupcakes said...

Main belon tiup tu memang kegemaran saya! nostalgia sangat!!