Demam K-Pop melanda Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bagi aku, suasana dan budaya Malaysia mengikut peredaran zaman dan bermusim-sama seperti kitaran perniagaan jus jambu, ubatan yang berunsur acai beri, serum dan produk kecantikan yang berlambak dalam pasaran Facebook. Semuanya bermusim. Kalau dulu tahun 80an rock kapak,90an kita dilanda demam dangdut, tahun 1995 Hindustan, J-Pop, tak mustahil K-Pop pun mungkin tak bertahan lama demamnya.
Malam ini, stesen tv menayangkan konsert Korean Wave. Sungguh luar biasa sambutan negara kelahiran Park Ji Sung ini. Deretan penonton memenuhi ruang depan pentas. Kebanyakan dimonopoli oleh lautan manusia berbangsa asli Korea, namun masih terselit beberapa orang minah salleh. Begitu besar sumbangan rakyat Korea memPOPularkan negara mereka.
Sebelum satu-satu persembahan dimulakan, pengacara akan mengambil tempat untuk berceloteh. Pengacara majlis ada menyelitkan info tentang jumlah yang disumbangkan melalui hiburan yang secara automatiknya menjana ekonomi dan pelancongan Korea. Minah saleh pun bukan sembarangan, seolah faham dengan percakapan dan bahasa Korea.
Jika dilihat dari persembahan, kesemua kumpulan memang berbakat dalam bidang tarian. Yang wanita menari meliuk lentuk tubuhnya, seksa dan berkaki jinjang bak model, serta berdahi licin. Yang lelakinya pula banyak yang macam comel jer, macho, metroseksual, jambu dan pelbagai gelaran lain. Sambil menyanyi, dan boleh menari-satu perkara yang amat sukar untuk melakukan dua perbuatan serentak kerana ianya melibatkan stamina dan keseragaman antara ahli-ahli kumpulan. Kebanyakan kumpulan diwakili lebih dari 4-9 orang, atau mungkin lebih lagi.
Aku hampir terkagum dengan persembahan mereka, dimana stamina, keseragaman yang sempurna. Langkah tarian tidak sumbang sedikit pun. Inilah yang ditafsirkan sebagai bakat penghibur. Lalu, aku mencuba Shazam (aplikasi untuk mencari tajuk lagu).
Menurut pemerhatian aku sebelum ini, aplikasi ini sukar mengesan lagu yang dinyanyikan secara langsung (live). Lalu mencuba, hasilnya amat menakjubkan-shazam dapat mengesan lagu yang dimainkan. Kebarangkaliannya, mereka memang berbakat hingga mampu menyampaikan lagu sama seperti nyanyian dalam album atau hanya berlakon? Sahlah bahawa mereka hanya menari sambil membuka mulut sahaja mengikut lagu(miming/lips sync) seperti mana yang selalu dikaitkan dengan persembahan Britney Spears satu masa dahulu. Terus kekagumanku terencat.
Walau macamana pun persembahan mereka, peminat tetap sentiasa menyokong, malah ada yang turut sama menari dengan langkah yang sedia maklum dari kumpulan kegemaran masing-masing. Uniknya, dapat menarik pelancong untuk memahami budaya, bahasa dan melancong di Korea. Contohnya minah salleh tadi, datang dari jauh, semata-mata untuk melayan lagu berbahasa Korea yang belum tentu fahamnya. Atau ada yang fanatik hingga fasih dan mampu bercakap Korea.
Strategi pasaran Korea dalam memartabatkan bahasa mereka wajar dicontohi. Begitu sayangnya mereka pada bahasa mereka (hingga beberapa kerat sahaja rakyat yang tahu berbahasa Inggeris - kerana mengamalkan dasar tutup pintu), tajuk lagu ditukar Inggeris , lagunya dalam bahasa Korea (kadangkala diselit dua tiga ayat Inggeris seperti baby, love, girl, my man), namun tetap mendapat sambutan serata dunia.
Kalaulah lagu Melayu dilayan dan diterima sama seperti ini...
0 kritikan:
Post a Comment