Bas tak bernombor - satu penyeksaan

20 January 2010 oleh Xy

Bas No. 13
Lagu dan Lirik oleh M. Nasir

Lama sudah tak ke Geylang Serai
Ingin bertemu teman-teman lama
Masih ku ingat nama-nama jalannya
Bas nombor 13 bawa daku ke sana

Tibaku di satu perhentian
Mujurlah hari tak hujan
Ku terus menyeberangi jalan
Nyaris-nyaris disambar kenderaan

Bas nombor 13...mengaum di jalanraya
Bas nombor 13...menuju ke tujuannya
Tiba ku di depan warung Wan Cu
Jelas dia tak seperti dahulu

Lalu aku bertanyakan waktu
Oh! betapa kawan cepat masa berlalu
Ku lihat Geylang Serai berubah
Dari belakang pasar jentolak berkerja

Ku tanya di manakah Pak Dolah beca
Kata seorang penjaja
Pak Dolah sudah bersara
Bas nombor 13...bawaku pulang segera.


Sedang aku berjaga malam ini, secara tiba-tiba lamunan aku tersentak dengan lagu dan bait-bait lirik M Nasir- Bas no 13. Dalam lagu tersebut, M Nasir cuba menghuraikan, betapa banyaknya perubahan yang telah berlaku, kesan kemajuan, pembangunan yang seiring dengan peredaran zaman yang berlaku di Kota Singa. Tentang kenangan.

Aku di sini, mula teringatkan pahit jerih menanti bas untuk ke sekolah 14 tahun yang lalu. Berulang alik dari sekolah dengan bas. Tetapi bukanlah bas yang bernombor 13. Melalui penceritaan yang berlainan, kisah pengembaraan bersama bas ini amat terasa. Sekarang, banyak perubahan yang berlaku, baik dari segi nama syarikat, jenis bas, tahap keselesaan yang berlipat kali ganda berbanding dulu.

Aku pernah menaiki pelbagai jenis bas. Antaranya,

1.Bas Roti Buku
Bas yang berbentuk seperti sebuku roti. Tingkap jenis tarik (seperti pintu rumah jepun dengan kata ringkasnya, tingkap jenis tolak dan tarik (slide).

Bas Sebuku Roti


Tingkap tolak - tarik (boleh main aci tarik tingkap dengan awek di depan)


Ada juga tingkap yang boleh ditolak ke bawah. Kalau hari hujan, perlu ditarik ke atas untuk menutupnya. Kuncinya jenis sendal, kadangkala longgar dan tidak cukup kuat untuk mengunci . Masalah berlaku apabila bas melanggar lopak-lopak di jalanan. Tingkap akan terjatuh ke bawah dan terbuka dengan sendirinya. Ini menyebabkan bunyi yang cukup kuat, sehingga boleh menyebabkan orang yang sedang nyenyak tidur terkejut, terjaga atau melatah. Tingkap jenis ini, biasanya disendal dengan tiket-tiket bas penumpang terdahulu, surat khabar atau tisu muka.

Tingkap jenis sendal tiket


2. Bas Ekspres Pencen
Menggunakan bas ekspress lama yang laluan diantara tempat duduknya amat sempit. Terdapat tandas dibahagian belakang bas. Kadangkala masih boleh digunakan semasa kecemasan dan menyebabkan rasa tidak puas hati pengguna lain di dalam bas.


3. Bas Nazak dahagakan air
Aku pernah beberapa kali menaiki bas yang hampir nazak. Enjin bas ini biasanya masih elok dan menderu lancar sepanjang perjalan. Pemandu akan singgah sebentar ke sebatang sungai atau tali air yang terdapat ditepi jalan. Kunduktor bas akan turun sambil membawa bekas air untuk diisi pada bas. Perjalanan akan bersambung seperti biasa selepas bas selesai 'minum' di sungai berdekatan.

Bas Nazak dahagakan air isotonik dan osmosis songsang


4. Bas berkusyen tidak empuk
Jenis bas yang berkusyen nipis dan tidak empuk megikut kedudukan tulang (fleksibel). Ada besi paip di tepi tingkap sebagai penghadang antara cermin tingkat. Besi itu juga berfungsi sebagai pemegang bagi penumpang untuk bangun menekan loceng semasa bas berjalan. Besi itu juga akan menyebabkan kepala anda terasa sakit bila terketuk secara tidak sengaja ( terlelap atau tidur) akibat permukaan jalan yang berlopak dan tidak rata. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai tempat untuk menghasilkan bunyi isyarat kunduktor bas untuk menyuruh pemandu bas meneruskan perjalanan. Ting ting titing ting ting, begitulah bunyinya. Dan, pemandu pun menekan pedal minyak , memasukkan gear sambil berlalu pergi meninggalkan penumpang yang baru turun sebentar tadi.



Tempat duduk yang memudahkan pandangan melihat keanehan manusia di hadapan yang tidak tahu erti malu

Dari fail Terdapat  

2 kritikan:

Jemari Seni said...

Waa.. Haku tak penah naik bas sebuku roti.. hahhahahaa.
Paling-paling bas Srijaya, Bas mini, Bas Seng Heng ngan Bas Foh Hup jer.

Manusia Secondhand said...

bentuk dia lebih kurang bas mini la jugak..tp panjang bentuk cam roti..skrg dh makin pupus