Bas No. 13
Lagu dan Lirik oleh M. Nasir
Lama sudah tak ke Geylang Serai
Ingin bertemu teman-teman lama
Masih ku ingat nama-nama jalannya
Bas nombor 13 bawa daku ke sana
Tibaku di satu perhentian
Mujurlah hari tak hujan
Ku terus menyeberangi jalan
Nyaris-nyaris disambar kenderaan
Bas nombor 13...mengaum di jalanraya
Bas nombor 13...menuju ke tujuannya
Tiba ku di depan warung Wan Cu
Jelas dia tak seperti dahulu
Lalu aku bertanyakan waktu
Oh! betapa kawan cepat masa berlalu
Ku lihat Geylang Serai berubah
Dari belakang pasar jentolak berkerja
Ku tanya di manakah Pak Dolah beca
Kata seorang penjaja
Pak Dolah sudah bersara
Bas nombor 13...bawaku pulang segera.
Sedang aku berjaga malam ini, secara tiba-tiba lamunan aku tersentak dengan lagu dan bait-bait lirik M Nasir- Bas no 13. Dalam lagu tersebut, M Nasir cuba menghuraikan, betapa banyaknya perubahan yang telah berlaku, kesan kemajuan, pembangunan yang seiring dengan peredaran zaman yang berlaku di Kota Singa. Tentang kenangan.
Aku di sini, mula teringatkan pahit jerih menanti bas untuk ke sekolah 14 tahun yang lalu. Berulang alik dari sekolah dengan bas. Tetapi bukanlah bas yang bernombor 13. Melalui penceritaan yang berlainan, kisah pengembaraan bersama bas ini amat terasa. Sekarang, banyak perubahan yang berlaku, baik dari segi nama syarikat, jenis bas, tahap keselesaan yang berlipat kali ganda berbanding dulu.
Aku pernah menaiki pelbagai jenis bas. Antaranya,
1.Bas Roti Buku
Bas yang berbentuk seperti sebuku roti. Tingkap jenis tarik (seperti pintu rumah jepun dengan kata ringkasnya, tingkap jenis tolak dan tarik (slide).
2. Bas Ekspres Pencen
Menggunakan bas ekspress lama yang laluan diantara tempat duduknya amat sempit. Terdapat tandas dibahagian belakang bas. Kadangkala masih boleh digunakan semasa kecemasan dan menyebabkan rasa tidak puas hati pengguna lain di dalam bas.
3. Bas Nazak dahagakan air
Aku pernah beberapa kali menaiki bas yang hampir nazak. Enjin bas ini biasanya masih elok dan menderu lancar sepanjang perjalan. Pemandu akan singgah sebentar ke sebatang sungai atau tali air yang terdapat ditepi jalan. Kunduktor bas akan turun sambil membawa bekas air untuk diisi pada bas. Perjalanan akan bersambung seperti biasa selepas bas selesai 'minum' di sungai berdekatan.
Jenis bas yang berkusyen nipis dan tidak empuk megikut kedudukan tulang (fleksibel). Ada besi paip di tepi tingkap sebagai penghadang antara cermin tingkat. Besi itu juga berfungsi sebagai pemegang bagi penumpang untuk bangun menekan loceng semasa bas berjalan. Besi itu juga akan menyebabkan kepala anda terasa sakit bila terketuk secara tidak sengaja ( terlelap atau tidur) akibat permukaan jalan yang berlopak dan tidak rata. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai tempat untuk menghasilkan bunyi isyarat kunduktor bas untuk menyuruh pemandu bas meneruskan perjalanan. Ting ting titing ting ting, begitulah bunyinya. Dan, pemandu pun menekan pedal minyak , memasukkan gear sambil berlalu pergi meninggalkan penumpang yang baru turun sebentar tadi.
Tempat duduk yang memudahkan pandangan melihat keanehan manusia di hadapan yang tidak tahu erti malu