Penipuan yang telah dirancang

14 November 2008 oleh Xy

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu

Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu   



Bila terdengar lirik lagu Ramli Sarip dan A. Romzi ini, aku teringat satu kisah penipuan. Kisah pada tahun 1994, sewaktu aku mengikuti Kem IBU - Insan Bijak Utara(kategori bijak juga aku dulu). Selama menghadiri kem tersebut, aku ditempatkan bersama-sama ramai insan bijak dari seluruh daerah tersebut.

Kem tersebut menempatkan golongan yang hebat dalam pencapaian sukan dan akademik. Terdapat dua orang bintang sukan yang berada di dalam kelas aku. Gelaran yang boleh dibanggakan walaupun tanpa mereka sedari. Mungkin juga disebabkan aku seorang sahaja yang kenal mereka sebagai "bintang" berbanding pelajar-pelajar lain. Mereka pernah dilayan sepeeri VIP di sekolah aku dulu, duduk di dalam kelas aku dan belajar bersama-sama. Tapi mungkin aku sahaja yang kenal mereka, mereka pula sebaliknya.

Sepanjang seminggu di sana, kami perlu menghadiri pelbagai kelas yang telah ditetapkan. Terdapat seorang guru sukan yang pandai menulis lirik dan membuat lagu. Beliau merupakan seteru utama sekolah aku dalam permainan bola baling dan bola tampar. Beliau adalah guru kepada 2 orang "bintang" tersebut. Semasa kelasnya, beliau menulis di papan hijau sambil menyanyikan lagu ini. Beliau mengaku itu adalah lagu rekaan beliau sendiri.

Kami budak-budak sekolah yang jahil tentang seni muzik berpendapat, lagu yang disampaikan beliau amat sedap. "Sungguh pandai cikgu menggubah lirik", puji salah seorang pelajar. 

Kian meningkat dewasa, barulah aku sedar. Kami telah ditipu. Selama ini kami semua (insan-insan yang kononnya bijak) telah tertipu oleh seorang guru sukan. Memang sungguh sedap penipuan dan erti dalam liriknya.

Sehingga kini, masih tergiang-ngiang pengakuan beliau tentang lirik lagu tersebut.

Dari fail Terdapat 1 kritikan  

Seputar tentang pengertian "secondhand"

05 November 2008 oleh Xy

‘Aku’ hanya manusia ‘second hand’ yang dicorak oleh budaya-Tiada ORIGINALITI, TIADA yang UNIK.

Maksudnya orang kita (termasuk aku) tiada keaslian (originaliti), tiada apa-apa yang boleh dibanggakan. Tiada kelainan.

Sebabnya?

Budaya kita kebanyakannya dipengaruhi oleh pengaruh luar. Jadi istilah "secondhand" itu bersifat tiada ketulenan. Budaya kita juga bersifat "secondhand"

Lihatlah sendiri. Sudah jelas segalanya dipengaruhi, tapi kurang disedari(mungkin kategori unconscious mind atau surealism). Baik dalam fesyen berpakaian, bahasa, budaya dan adat. Tiada keaslian, tiada yang unik. Kita hanya mengasimilasikan budaya lain kemudian diubah bersesuaian dengan kehidupan di sini. Garapan dan pembentukan dalam kehidupan yang sudah sekian lama diserap.

Keluarlah dari alam bawah sedar ini !!! Cuba fikir dan renungkan sejenak. Apa yang kita ada ?Jawapannya mungkin hampir tiada. Kita tiada apa-apa untuk dibanggakan. Mungkin sekadar Bahasa Melayu.



‘Aku’ hanya tetap manusia ‘second hand’ yang dicorak oleh budaya-Tiada ORIGINALITI, TIADA yang UNIK.

Semalam di San Francisco

04 November 2008 oleh Xy

Semalam, aku berhijrah ke San Francisco. Akibat tekanan dari kalangan penjenayah dan penguatkuasa, aku terpaksa juga berhijrah ke sana. Aku ke sana ditemani oleh salah seorang bapa saudara. Sesampai di sana, kami menaiki teksi buruk dengan bayaran sewa US 30. Memang tidak berbaloi. Mahu sahaja aku pelangkung kepala driver teksi tersebut. Puas bertengkar, akhirnya aku melunaskan harga tambang tersebut menggunakan wang yang telah dibekalkan oleh ayahku di kampung.

Sampai di rumahnya, bapa saudara bercadang untuk keluar dan  menghantar ubat kepada isterinya iaitu mak cik aku. Aku nak ikut, tetapi ditegah olehnya. Belum sampai masa katanya. Untuk menghilangkan kebosanan tinggal di rumah, aku keluar berjogging. Dapatlah aku menghirup udara segar pagi hari di sekitar Jambatan Golden Gate.

Aku keluar ke Agensi Mencari Pekerjaan Bob. Nasib aku baik. Aku ditawarkan satu pekerjaan yang gajinya dibayar mengikut kiraan minggu. Berdasarkan umurku yang masih muda, aku memohon untuk melakukan kerja yang dilakukan oleh 2 orang. Semuanya kerana ingin mendapat lebih sumber kewangan. Maklumlah berada di tempat orang, saudara pun tiada. Kerani tersebut membuat penyusunan jadual agar dapat disesuaikan dengan masa untuk aku bekerja.

Setelah penat selama seminggu mengumpul sampah-sarap di sekitar San Francisco, akhirnya usaha aku berbaloi. Aku mendapat upah setelah seharian mencari sampah sepanjang minggu. USD 100. Itulah upah pertama yang aku terima.

Aku menghulurkan USD 100 kepada bapa saudaraku sekembalinya di rumah. Kemudian, beliau menyuruh aku untuk berkemas dengan kadar segera. Aku terpaksa berpindah ke Seattle untuk menyambung pengajianku di sana. Belajar sambil bekerja. Satu perkara yang amat sukar.

Seattle!!!Aku cabar engkau!!! Nantikan kemunculan ku disana. (sambil menjerit gaya Rosyam dalam filem KL Menjerit)

Nama yang bersifat glokal

03 November 2008 oleh Xy

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Ada apa dengan nama?


Orang kita memberi bermacam-macam nama. Ada yang nama anak panjang berjela-jela, tapi bila dipanggil pendek juga. Nama timangan katanya. Kadang-kadang , nama panggilan, timangan dan gelaran yang diberikan itu-tiada kena mengena langsung dengan individu terbabit. Kesian juga pada anak-anak mereka. Contohnya, semasa mengambil peperiksaan (kertas soalan yang tak memerlukan cetakan komputer). Terpaksa mengambil masa untuk menulis nama mereka yang panjang.

Jadi,
Bakal-bakal ibu atau bapa adalah disarankan terlebih dahulu memikirkan nama-nama yang bersesuaian. Fikirkan masa depan anak-anak mereka sebelum memberi nama. Baik dari pelbagai segi positif.

1. Nama anak panjang berjela(itu belum termasuk nama ayah)

Nama yang panjang berjela-jela, tapi panggilannya sangat pendek. Seringkas 1 huruf.

2. Nama yang sukar dieja.

Nama yang sedap disebut, tapi nak mengejanya susah. Ejaan tunggang langgang.

3. Nama yang sebutannya susah

Nak menyebutnya amat sukar, tergeliat lidah dibuatnya.

4. Nama antarabangsa

Ada juga yang memilih nama yang ejaan dan sebutannya persis nama mat saleh. American stylelah kata mereka.

5. Nama gabungan (ibu dan bapa)

Ada juga sebilangan manusia yang terlebih "kreatif". Hasilnya memang unik dan entah apa-apa. Maksud pun belum tentu ada. Kalau mempunyai maksud, dikira masih relevan. Yang sedihnya kalau yang tak bermaksud langsung.  Hilang identiti dan ciri-ciri Islamik.  


Menurut para ulama, semasa dihimpunkan di Padang Mahsyar nanti, akan dipanggil nama-nama mengikut giliran. Akan tetapi mereka itu takkan dengar.

Sebabnya,

itu bukan nama panggilan mereka. Jadi biasakan diri memanggil nama anak-anak anda atau orang lain dengan nama penuh. beri nama yang mempunyai maksud-maksud yang baik.

"Kalau susah nak sebut, bermakna unik dan ada nilai komersial"- kata Orang Awam.

Terlampau terikut-ikut dengan peralihan zaman, trend, moden atau globalisasi. Semuanya nak ikut. Perkara yang baik kurang diendah yang buruk dipuja-puja. 

Bagi aku, ada nilai komersial, ada nilai estetika, ada nilai sentimental atau nilai-nilai lain(walaupun nilai moral sekalipun) kalau tiada makna, tetap tiada gunanya. JANGAN terlampau melebih. Kalau boleh, carilah nama yang membawa makna dan ada sejarah di dalam Islam.

"Senyuman memberi seribu erti, nama memberi sejuta makna". Kesimpulannya, tak guna kalau nama tak ada makna.-Manusia Tangan ke-2.




Fakta pelik tentang aku # 2

02 November 2008 oleh Xy

Wujud kecelaruan antara dua benda. Sejak kecil sampai sekarang aku masih keliru untuk membezakan perkara-perkara ini.

1. Tumit dan buku lali


Mungkin aku keliru kerana kedua-dua kedudukan anggota badan ini terletak berdekatan antara satu sama lain. Kadangkala aku juga keliru antara lutut, buku lali dan tumit. Bila bercakap bab2 kedua-dua anggota ini (kadangkala 3), aku mengambil masa agak lama sedikit ( sambil berfikir) untuk memastikan ianya betul. Kekeliruan ini dapat dikesan ketika menjawab soalan sains sekolah menengah. Sejak itu, hidup aku telah berubah. Menjadi manusia unik yang penuh dengan kekeliruan.

2. Kunyit dan halia


Aku kurang pasti bila masanya kekeliruan ini wujud dalam diri aku. Mungkin semasa emak aku mengirim barangan masakan di kedai. Mungkin juga, semas aemak menyuruh aku mengambil halia atau kunyit yang ditanam di belakang rumah. Tapi yang pasti, aku memang keliru dengan dua bahan masakan ini.

3. Awan dan langit


Awan biru. Kenyataan tentang awan biasanya salah. Ini juga salah satu kekeliruan yang wujud dalam diri aku.

Contohnya,
Manusia Sekenhen: Cuaca hari ini elok. Awan pun biru. Kalau ambil gambar tentu cantik.



Dua subjek pembelajaran yang gagal

01 November 2008 oleh Xy


Tumbukan Seinci



Aku adalah seorang individu yang amat mudah dipengaruhi dan berpengaruh (kononnya). Meminati filem-filem aksi yang membuatkan paras adrenalin aku melonjak secara tiba-tiba serta merentap jantung. Sekarang, aku sedang belajar mempraktikkan hikmat tumbukan seinci. Ini berlaku gara-gara cerita Legend Of Bruce Lee yang ditayangkan di 8TV.

Tumbukan Seinci



Drama tersebut menceritakan tentang pembabitan awal Bruce Lee dan kehidupan beliau sehingga menjadi terkenal. Baru aku tahu, rupanya beliau seorang penari cha-cha sebelum belajar berkungfu. Dari tarian beliau beralih ke dunia kungfu dan seterusnya menceburkan diri dalam acara tinju. Kesannya aku dapat rumuskan, gaya pertarungan legenda Bruce Lee ini mungkin dipengaruhi oleh gabungan 3 seni yang dipelajarinya itu. Sebab itulah, aksinya seperti menari sambil menumbuk. Dengan gaya yang tersendiri, aku yakin semua itu berkat keyakinan dan latihan yang kerap. Walaupun Bruce sombong, keras kepala, berlagak pandai dan sedikit riak, beliau tetap yakin pada kemampuan diri.

Berbalik kepada tumbukan seinci, aku melihat banyak video-video lama serta dokumentari dari Youtube. Terdapat juga cara dan teknik untuk mempraktikkan gaya tumbukan ini. Sebelum menumbuk, kaki mestilah berkedudukan seperti memasang kuda-kuda. Tujuannya untuk mengumpulkan tenaga pada tumbukan. Tumbukan haruslah ditujukan tetap ke titik penumpuan. Seperti kata gurunya,

“Tenaga dari tanah, tumbukan dari hati. Ianya umpama kanak-kanak bermain kanta dan kertas. Kanta ditumpukan pada permukaan kertas sehingga kertas terbakar” - Sifu kepada Bruce Lee

Dari kata-kata gurunya dapatlah aku rumuskan, penumpuan dan kumpulan tenaga ini menghasilkan tumbukan yang padu, walaupun dalam jarak seinci. Aku mempraktikkan tumbukan ini di rumah. Tapi malangnya belum berhasil. Mungkin aku terlebih pantas dari tahap pembelajaran yang diterima oleh Bruce Lee(merujuk kepada siri tv). Beliau sekarang masih tercari-cari lagi maksud tersirat gurunya. Aku pula telah mendahuluinya sekarang.

Memandangkan aku tumbukan aku tak seberapa kuatnya, mungkin aku perlu belajar teknik asas dahulu. Aku mesti berlatih berdiri dalam kedudukan memasang kuda-kuda selama 1 hari. Mungkin minggu seterusnya, berdiri kuda-kuda sambil memegang kayu seperti yang dilakukan beliau sebelum ini. Mungkinkah aku juga perlu menghadiri kelas tarian Cha-Cha dan mewakili sekolah sepertinya?

Mungkin juga,
aku tak berbakat dalam seni tumbukan seinci. Tumbuk kayu, tangan pula yang sakit. Itu belum lagi tumbukan pada 2 lapis blok kayu ukiran(jelutong). Hancur lunyai tanganku nanti.

Haih.Lupakan saja semua itu latihan itu. Bukannya dalam pertarungan aku nak tumbuk kayu, tapi musuh. Jadi, perkara pokoknya sekarang, aku memerlukan

1. Seorang sukarelawan yang penyabar - Sukarelawan ini umpama “tikus makmal” bagi tumbukan tersebut. Kriteria utama haruslah penyabar dan mampu mengawal diri.

2. 2 orang pembantu – Untuk mememegang kayu jelutong.
3. Paramedik - Sebagai langkah persediaan.Andai terdapat kecederaan terhadap aku (dibelasah oleh sukarelawan yang hilang sabar)ataupun sukarelawan itu sendiri (yang cedera parah akibat tumbukan padu ke tulang rusuknya)


Gaya tekan tubi (2 jari) Bruce Lee



Sekarang aku tengah melihat gaya tekan tubi dua jari Bruce Lee pula. Mungkin aku berbakat dalam teknik ini. Kemungkinan itu kan sifatnya tidak terbatas? Walaupun aku tak dapat menguasai tumbukan seinci mahupun gaya tekan tubi dua jari (walaupun belum mencuba, tapi aku rasa memang susah). Sekurang-kurangnya hidup aku lebih bertuah daripada si Bruce Lee. Beliau belajar berkungfu kerana selalu dibuli di sekolah. Akibat desakan dan tekanan yang diterima semasa remaja, jadi tak mustahil dia mampu menjadi sehebat itu.

Dari fail Terdapat 2 kritikan  

Sesungguhnya malu itu sebahagian dari iman…

oleh Xy

Setiap wanita dikurniakan oleh Allah sifat malu. Kerana malu si wanita tahu menjaga kehormatannya, tahu menilai batas-batas sosialnya dan gagal diperdaya pujukan nafsu.

Namun,
Kini si wanita itu sudah hilang malunya. Kerana malu itu, terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai, gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL,

Lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu.

Dengan sifat malu,
Lelaki menasihati diri dan wanita agar bersama-sama menjaga maruah diri serta aurat.
Mengingatkan diri dan si wanita tentang batas-batas sosial, pergaulan, HALAL dan HARAM.

Kerana MALU itu,
lelaki menjaga dan mendidik nafsunya. JANGANLAH mengajak si wanita untuk berbuat dosa.

Sebaliknya, selalulah ingat-mengingati mereka dengan kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH!!!"

Sesungguhnya manusia mudah lupa. Dan demi masa manusia masih lagi alpa dan berada dalam kerugian.

Dari fail Terdapat 4 kritikan