K-Pop di tahun baru 2014

30 December 2013 oleh Xy

Demam K-Pop melanda Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bagi aku, suasana dan budaya Malaysia mengikut peredaran zaman dan bermusim-sama seperti kitaran perniagaan jus jambu, ubatan yang berunsur acai beri, serum dan produk kecantikan yang berlambak dalam pasaran Facebook. Semuanya bermusim. Kalau dulu tahun 80an rock kapak,90an kita dilanda demam dangdut, tahun 1995 Hindustan, J-Pop, tak mustahil K-Pop pun mungkin tak bertahan lama demamnya.

Malam ini, stesen tv menayangkan konsert Korean Wave. Sungguh luar biasa sambutan negara kelahiran Park Ji Sung ini. Deretan penonton memenuhi ruang depan pentas. Kebanyakan dimonopoli oleh lautan manusia berbangsa asli Korea, namun masih terselit beberapa orang minah salleh. Begitu besar sumbangan rakyat Korea memPOPularkan negara mereka.

Sebelum satu-satu persembahan dimulakan, pengacara akan mengambil tempat untuk berceloteh. Pengacara majlis ada menyelitkan info tentang jumlah yang disumbangkan melalui hiburan yang secara automatiknya menjana ekonomi dan pelancongan Korea. Minah saleh pun bukan sembarangan, seolah faham dengan percakapan dan bahasa Korea.

Jika dilihat dari persembahan, kesemua kumpulan memang berbakat dalam bidang tarian. Yang wanita menari meliuk lentuk tubuhnya, seksa dan berkaki jinjang bak model, serta berdahi licin.  Yang lelakinya pula banyak yang macam comel jer,  macho, metroseksual, jambu dan pelbagai gelaran lain. Sambil menyanyi, dan boleh menari-satu perkara yang amat sukar untuk melakukan dua perbuatan serentak kerana ianya melibatkan stamina dan keseragaman antara ahli-ahli kumpulan. Kebanyakan kumpulan diwakili lebih dari 4-9 orang, atau mungkin lebih lagi.

Aku hampir terkagum dengan persembahan mereka, dimana stamina, keseragaman yang sempurna. Langkah tarian tidak sumbang sedikit pun. Inilah yang ditafsirkan sebagai bakat penghibur. Lalu, aku mencuba Shazam (aplikasi untuk mencari tajuk lagu).

Menurut pemerhatian aku sebelum ini, aplikasi ini sukar mengesan lagu yang dinyanyikan secara langsung (live). Lalu mencuba,  hasilnya amat menakjubkan-shazam dapat mengesan lagu yang dimainkan. Kebarangkaliannya,  mereka memang berbakat hingga mampu menyampaikan lagu sama seperti nyanyian dalam album atau hanya berlakon? Sahlah bahawa mereka hanya menari sambil membuka mulut sahaja mengikut lagu(miming/lips sync) seperti mana yang selalu dikaitkan dengan persembahan Britney Spears satu masa dahulu. Terus kekagumanku terencat.

Walau macamana pun persembahan mereka, peminat tetap sentiasa menyokong, malah ada yang turut sama menari dengan langkah yang sedia maklum dari kumpulan kegemaran masing-masing. Uniknya, dapat menarik pelancong untuk memahami budaya, bahasa dan melancong di Korea.  Contohnya minah salleh tadi,  datang dari jauh, semata-mata untuk melayan lagu berbahasa Korea yang belum tentu fahamnya. Atau ada yang fanatik hingga fasih dan mampu bercakap Korea.

Strategi pasaran Korea dalam memartabatkan bahasa mereka wajar dicontohi. Begitu sayangnya mereka pada bahasa mereka (hingga beberapa kerat sahaja rakyat yang tahu berbahasa Inggeris - kerana mengamalkan dasar tutup pintu),  tajuk lagu ditukar Inggeris , lagunya dalam bahasa Korea (kadangkala diselit dua tiga ayat Inggeris seperti baby,  love, girl, my man), namun tetap mendapat sambutan serata dunia.

Kalaulah lagu Melayu dilayan dan diterima sama seperti ini...

Bas tak bernombor - satu penyeksaan

20 January 2010 oleh Xy

Bas No. 13
Lagu dan Lirik oleh M. Nasir

Lama sudah tak ke Geylang Serai
Ingin bertemu teman-teman lama
Masih ku ingat nama-nama jalannya
Bas nombor 13 bawa daku ke sana

Tibaku di satu perhentian
Mujurlah hari tak hujan
Ku terus menyeberangi jalan
Nyaris-nyaris disambar kenderaan

Bas nombor 13...mengaum di jalanraya
Bas nombor 13...menuju ke tujuannya
Tiba ku di depan warung Wan Cu
Jelas dia tak seperti dahulu

Lalu aku bertanyakan waktu
Oh! betapa kawan cepat masa berlalu
Ku lihat Geylang Serai berubah
Dari belakang pasar jentolak berkerja

Ku tanya di manakah Pak Dolah beca
Kata seorang penjaja
Pak Dolah sudah bersara
Bas nombor 13...bawaku pulang segera.


Sedang aku berjaga malam ini, secara tiba-tiba lamunan aku tersentak dengan lagu dan bait-bait lirik M Nasir- Bas no 13. Dalam lagu tersebut, M Nasir cuba menghuraikan, betapa banyaknya perubahan yang telah berlaku, kesan kemajuan, pembangunan yang seiring dengan peredaran zaman yang berlaku di Kota Singa. Tentang kenangan.

Aku di sini, mula teringatkan pahit jerih menanti bas untuk ke sekolah 14 tahun yang lalu. Berulang alik dari sekolah dengan bas. Tetapi bukanlah bas yang bernombor 13. Melalui penceritaan yang berlainan, kisah pengembaraan bersama bas ini amat terasa. Sekarang, banyak perubahan yang berlaku, baik dari segi nama syarikat, jenis bas, tahap keselesaan yang berlipat kali ganda berbanding dulu.

Aku pernah menaiki pelbagai jenis bas. Antaranya,

1.Bas Roti Buku
Bas yang berbentuk seperti sebuku roti. Tingkap jenis tarik (seperti pintu rumah jepun dengan kata ringkasnya, tingkap jenis tolak dan tarik (slide).

Bas Sebuku Roti


Tingkap tolak - tarik (boleh main aci tarik tingkap dengan awek di depan)


Ada juga tingkap yang boleh ditolak ke bawah. Kalau hari hujan, perlu ditarik ke atas untuk menutupnya. Kuncinya jenis sendal, kadangkala longgar dan tidak cukup kuat untuk mengunci . Masalah berlaku apabila bas melanggar lopak-lopak di jalanan. Tingkap akan terjatuh ke bawah dan terbuka dengan sendirinya. Ini menyebabkan bunyi yang cukup kuat, sehingga boleh menyebabkan orang yang sedang nyenyak tidur terkejut, terjaga atau melatah. Tingkap jenis ini, biasanya disendal dengan tiket-tiket bas penumpang terdahulu, surat khabar atau tisu muka.

Tingkap jenis sendal tiket


2. Bas Ekspres Pencen
Menggunakan bas ekspress lama yang laluan diantara tempat duduknya amat sempit. Terdapat tandas dibahagian belakang bas. Kadangkala masih boleh digunakan semasa kecemasan dan menyebabkan rasa tidak puas hati pengguna lain di dalam bas.


3. Bas Nazak dahagakan air
Aku pernah beberapa kali menaiki bas yang hampir nazak. Enjin bas ini biasanya masih elok dan menderu lancar sepanjang perjalan. Pemandu akan singgah sebentar ke sebatang sungai atau tali air yang terdapat ditepi jalan. Kunduktor bas akan turun sambil membawa bekas air untuk diisi pada bas. Perjalanan akan bersambung seperti biasa selepas bas selesai 'minum' di sungai berdekatan.

Bas Nazak dahagakan air isotonik dan osmosis songsang


4. Bas berkusyen tidak empuk
Jenis bas yang berkusyen nipis dan tidak empuk megikut kedudukan tulang (fleksibel). Ada besi paip di tepi tingkap sebagai penghadang antara cermin tingkat. Besi itu juga berfungsi sebagai pemegang bagi penumpang untuk bangun menekan loceng semasa bas berjalan. Besi itu juga akan menyebabkan kepala anda terasa sakit bila terketuk secara tidak sengaja ( terlelap atau tidur) akibat permukaan jalan yang berlopak dan tidak rata. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai tempat untuk menghasilkan bunyi isyarat kunduktor bas untuk menyuruh pemandu bas meneruskan perjalanan. Ting ting titing ting ting, begitulah bunyinya. Dan, pemandu pun menekan pedal minyak , memasukkan gear sambil berlalu pergi meninggalkan penumpang yang baru turun sebentar tadi.



Tempat duduk yang memudahkan pandangan melihat keanehan manusia di hadapan yang tidak tahu erti malu

Kisah anak Si Myanmar

01 June 2009 oleh Xy


Sambungan dari kisah Antara Myanmar dan Bangladesh, mana lagi bagus?


Anak Si Myanmar telah tamat persekolahan di salah sebuah sekolah perempuan. Sambil menunggu keputusan SPM, Anak Si Myanmar pun bekerja sementara di sebuah pasaraya besar di utara tanah air( semasa belajar pun buat kerja sambilan di pasaraya)

   Sambil menunggu keputusan peperiksaan SPM, beliau bertungkus lumus untuk bekerja, nak beli motor baru katanya. Cukup wang untuk bayaran muka, Anak Si Myanmar pun membeli motorsikal tanpa menggunakan nama orang-orang melayu di kampung-kampung sebagai penjamin.(beliau berstatus penduduk tetap). Bila dah ada motor, mulalah melencong ke lain. Menipu emaknya yakni isteri Si Myanmar 'Hebat', mula ponteng kerja. Bila ditanya oleh isteri Si Myanmar 'Hebat', dia memberi alasan hendak cari kerja baru. Bila dah ada motor, jarang pergi kerja, tak lekat di rumah, keluar bersama rakan-rakan-satu impian yang telah lama diidam oleh Anak Si Myanmar.KEBEBASAN.

   Selang beberapa ketika, datanglah si Posmen ke rumah. Dibawanya beberapa pucuk surat tawaran melanjutkan pelajaran.Tawaran yang datang semuanya dari kolej-kolej swasta. Maka semakin hebatlah jadinya perilaku Si Myanmar 'Hebat', apabila mendapat perkhabaran tentang peluang melanjutkan pelajaran anaknua. Tanpa berfikir panjang, beliau memberi perkhabaran tentang tawaran tersebut kepada rakan-rakan Myanmar dan Bangladesh lain. Masing-masing kagum dengan pencapaian anak Si Myanmar 'Hebat'. Tanpa mendengar nasihat orang-orang Melayu yang berada di sekeling, beliau mengishytiharkan bahawa anaknya bakal menjadi seorang graduan dalam bidang kejuruteraan.Si Myanmar 'Hebat' itu memang sifatnya keras kepala. Nasihat orang yang lebih arif tentang selok belok pendidikan tidak diambil peduli. Bukan senang-senang manusia, hendak memilih untuk melanjutkan pelajaran ke bidang yang lebih tinggi tanpa wang. Sudahlah menumpang di negara orang, senang-senang pula hendak melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan.

     Bila keputusan SPM diumumkan, slip peperiksaa disorokkan. Isteri Si Myanmar 'Hebat' tidak tahu bahawa dirinya ditipu selama ini oleh si anak. Apa sahaja cakap si anak, semuanya betul. Cakap dan nasihat orang lain langsung tidak diendahkan. Beberapa ketika, datanglah semula si Posmen lagi,buat kali yang entah ke berapa. Inilah hasil usaha keras anak Si Myanmar 'Hebat' untuk melanjutkan pelajaran.Akhirnya, dapatlah beliau melanjutkan pelajaran di salah sebuah kolej swasta di Negeri Sembilan. Bila ditanya kolej mana?,mereka masih bertegas menyatakan bahawa ianya bukanlah kolej, tapi universiti. Semuanya ditanggung. Susah nak menghadapi orang yang keras kepala dan 'serba tahu' seperti mereka. Salahnya, hanya mengikut kawan-kawan. Kawan anak Si Myanmar 'Hebat' yang bersama-sama memohon untuk ke kolej tersebut memang golongan berduit. Si Myanmar 'Hebat' pula hanya golongan berada bagi kategori kaumnya. Memang tidak sebulu. Maka, sibuklah anak Si Myanmar 'Hebat' untuk melangsaikan segala urusan sebelum masuk ke 'universitinya' itu. Menurut ceritanya, beliau ditawarkan elaun sebanyak RM 500 sebulan. Mana mungkin sebuah kolej swasta menawarkan elaun sebanyak RM 500 untuk pelajar asing sepertinya, sedangkan pelajar tempatan sendiri pun belum tentu dapat menikmati pakej elaun sepertinya-kera di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan.

   Hari-hari berlalu, masa semakin hampir. Maka, anak Si Myanmar 'Hebat' juga sibuk menyelesaikan segala urusannya, pergi ke bank-bank perdagangan untuk membuka akaun. Hampir kesemua akaun bank telah dibukanya, sehinggakan akaun di bank yang tidak sepatutnya juga turut dibuka. Jika dihitung, setiap bank mempunyai jumlah minimum pelaburan. Entah berapa jumlah yang dilaburkan di setiap bank tersebut yang penghujungnya entah kemana. Inilah kesannya jika berlagak pandai. Mungkin dalam pemikiran mereka, wang elaun tersebut dapat menyara kehidupan anak Si Myanmar 'Hebat' semasa melanjutkan pelajaran nanti. Mereka tidak pula memikirkan jumlah wang yang akan mengalir dan kesannya untuk menyara kehidupan di Malaysia.Hidup penuh dengan hutang.

Adakah anak Si Myanmar 'Hebat' akan terus bertahan? Masa yang akan menentukan.



Dari fail Terdapat 0 kritikan  

Menerobos Sejarah Berdarah Palestin 1430

28 January 2009 oleh Xy

Kenapa Palestin ?

Jenayah kejam rejim Yahudi Zionis di Palestin dan di kawasan-kawasan sekitarnya bukanlah sesuatu yang baru di dalam sejarah peradaban dunia moden. Beberapa dekad pasca Deklarasi Balfour 1917 menyaksikan penghijrahan Yahudi Eropah dan Rusia secara pukal ke bumi istimewa ini yang kemudiannya diikuti oleh penjajahan yang sistematik sehingga hilanglah nama Palestin dari peta dunia moden. Peliknya, dunia antarabangsa terus menjadi saksi bisu terhadap rentetan kekejaman bangsa yang sungguh biadap lagi sombong ini. Tragedi Deir Yassin, Nakbah 1948, Naksah 1967, Sabra Shatila 1982, Khalil, Jenin, Gaza dan ratusan lagi siri keganasan rejim Zionis Israel ini bukanlah satu yang rahsia lagi. Masyarakat antarabangsa dan umat Islam hanya mampu menonton, mengutuk atau sekadar bersimpati dengan nasib malang rakyat Palestin. Selagi kuasa besar dunia menjadi boneka yang bersekongkol dengan Pertubuhan Zionis Sedunia, maka selagi itulah siri jenayah ini akan terus bermaharajalela.


Namun begitu masih ramai di kalangan umat Islam di seluruh dunia samada di negara-negara Arab atau di negara-negara Islam lainnya termasuk negara kita sendiri masih begitu naif terhadap permasalahan Palestin yang merupakan isu terbesar umat di abad ini.


Kenapa kita harus turut sibuk dengan isu Palestin?

Isu Palestin adalah isu umat Islam sejagat. Kenapa tidak, di situlah letaknya Masjid Al Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat Islam dan tempat berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Masjid ini adalah masjid yang ke dua dibangunkan di muka bumi selepas Masjidil Haram dan merupakan masjid yang ke tiga suci di sisi Allah swt. Di bumi inilah telah dihantarnya para nabi secara berkesinambungan termasuklah Nabi Ibrahim, Nabi Sulaiman, Nabi Daud, Nabi Musa, Nabi Isa dan lain-lainnya untuk mengajak manusia agar beriman kepada Allah, Tuhan yang Esa.


Bumi ini telah dijajah silih berganti oleh bangsa Yahudi, Rom dan Parsi sehinggalah ianya dibuka kembali oleh Umar al Khattab yang telah mengistiharkan bahawa bumi ini adalah tanah wakaf milik umat Islam sehingga ke akhir zaman. Selepas itu, Palestin terus dinaungi keamanan dan keadilan di bawah pemerintahan Islam untuk ribuan tahun kecuali di abad ke 12 Masihi apabila bumi ini dinodai dengan kekejaman tentera salib. Namun Palestin telah dibebaskan semula oleh Solahuddin al Ayyubi yang berketurunan Kurdi. Tidakkah semua ini menjadi bukti yang kuat bahawa isu Palestin bukan sekadar isu orang Palestin sahaja, bukan isu orang-orang Arab sahaja bahkan isu Palestin adalah isu kita, isu umat Islam sejagat?

Benarkah dakwaan Yahudi bahawa mereka adalah penduduk asal Palestin?

Dakwaan ini sebenarnya adalah fakta sejarah yang telah dipalsukan Yahudi. Rakyat Palestin hari ini adalah keturunan kaum Kan’an yang telah mengasaskan Palestin sejak 4500 tahun dulunya. Ketika Bani Israel mendatangi Palestin, telahpun wujud lebih 200 penempatan di bumi Palestin yang menunjukkan bahawa bukanlah mereka pengasas bumi istimewa ini.
Tidak kita nafikan bahawa Bani Israel pernah memerintah Palestin selama kira-kira 4 abad di sekitar zaman Nabi Daud dan Nabi Sulaiman tetapi kerajaan mereka turut hancur sebagaimana yang telah berlaku kepada kerajaan Firaun, Greek dan Roman disebabkan kefasadan tangan dan kaki mereka sendiri sehingga mereka semua disingkirkan dari bumi rebutan ini.
Mana-mana bangsa dan tamadun yang celik tentang sejarah peradaban mengakui bahawa Islam adalah pemerintah Palestin yang paling lama dan paling adil sehinggalah berlakunya penjajahan Palestin oleh bangsa Yahudi Zionis yang sombong lagi kejam sejak awal abad ke 20 Masihi.

Kenapa umat Islam memusuhi Yahudi?

Sesungguhnya kita tidak memusuhi atau memerangi mereka kerana semata-mata mereka berbangsa atau beragama Yahudi. Sejarah peradaban kemusiaan yang panjang telah membuktikan keadilan Islam kepada semua umat manusia termasuk Yahudi dan bangsa-bangsa serta agama yang lain.
Mereka pernah hidup bersama orang-orang Islam di dalam tempoh yang berabad-abad lamanya dengan menikmati perlindungan dan keadilan daripada pemerintah Islam. Namun mereka kerap diusir oleh semua bangsa di dunia disebabkan kejahatan dan makar yang menjiwai kehidupan mereka seperti yang pernah berlaku di Rusia, Sepanyol, Jerman dan lain-lainnya.

Namun umat Islam kini tidak punyai pilihan dalam berhadapan dengan kezaliman, keganasan dan kerakusan Yahudi Zionis hari ini yang bertindak menjajah bumi Palestin, mengusir penduduk asalnya yang sah, menodai kesucian tempat-tempat yang mulia, melakukan pembunuhan dan penderaan serta ribuan tindakan yang bersifat kebinatangan oleh bangsa yang sombong ini.

Oleh itu, umat Islam mesti bangkit berjuang dan mempertahankan hak-hak asasi mereka daripada dibaham dan diperkosa oleh Zionis Israel ini.


Tidakkah Islam agama yang mengajar kepada perdamaian?

Sesungguhnya Islam mengajar umatnya untuk berbuat baik terhadap orang-orang bukan Islam sebagaimana perkara ini telah dinukil banyak kali di dalam al Quran dan juga hadith Rasulullah saw.

Namun isu perjuangan pembebasan Palestin sebenarnya mempunyai dimensi yang lebih luas. Is adalah pertarungan bersejarah antara umat Muhamad dan kaum Yahudi. Mereka pernah cuba membunuh Rasululah saw beberapa kali dengan menjatuhkan batu besar ke atas baginda dan cubaan untuk meracuni makanan yang dihidangkan kepada baginda. Mereka uga pernah bersekutu dengan orang-orang musyrikin untuk memerangi Rasulullah di dalam peperangan Khandaq.
Selepas itu mereka melakukan berbagai konspirasi untuk menjatuhkan Khilafah Islamiah dan memecah-belahkan umat Islam di dalam searah peradaban dunia yag panjang.
Di Palestin sendiri, mereka telah menjajah dengan menduduki lebih daripada 90 peratus tanah milik umat Islam. Lebih daripada 6.45 juta daripada 9.6 juta rakyat Palestin menjadi pelarian yang merempat di negara-negara jiran dan juga di negara mereka sendiri. Perjanjian damai demi perjanjian damai dilakukan tetapi Yahudi Zionis terus melakukan penjajahan demi penjajahan, penangkapan dan penderaan, penindasan dan pembunuhan terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa. Bagaimanakah dengan nasib malang mereka yang telah berlarutan untuk sekian lama ini? Adakah wajar umat yang dizalimi ini memohon dan menagih perdamaian daripada penjajah yang sombong lagi bongkak di dalam konflik yang tertua di dunia ini?

Bukankah orang-orang Arab sepatutnya menolong mereka?

Isu Palestin bukanlah sekadar isu rakyat Palestin atau orang-orang Arab sahaja. Namun isu ini adalah permasalahan sejagat umat Islam. Rasulullah saw sendiri yang telah mengatur strategi untuk pembukaan Palestin bukanlah sekadar seorang rasul untuk orang-orang Arab sahaja bahkan untuk umat manusia di seluruh dunia.

Masjid Al Aqsa adalah merupakan kiblat pertama kepada seluruh umat Islam dan tidaklah dikhususkan untuk bangsa Arab semata-mata. Masjid yang merupakan destinasi Isra dan Mi’raj Rasulullah kini berada di dalam keadaan yang bahaya disebabkan rancangan jahat Yahudi Zionis.
Palestin yang pernah dijajah selama 88 tahun di antara 1099 sehingga 1187M oleh tentera salib yang zalim telah bermandian darah apabila lebih 60 ribu umat Islam di Palestin telah dibunuh dengan kejam oleh mereka semasa penjajahan tersebut. Namun maruah umat telah dikembalikan semula oleh generasi pejuang di bawah pimpinan Solahuddin Al Ayyubi. Perjuangan beliau, yang berketurunan Kurdi ini juga menunjukkan bahawa perjuangan untuk mengembalikan maruah umat terutamanya di Palestin bukanlah sekadar tugas dan tanggungjawab orang-orang Arab sahaja bahkan ini adalah isu sejagat buat umat Islam di seluruh dunia.

Ramai lagi rakyat Malaysia yang susah, kenapa pula bantu Palestin?

Tidak kita nafikan bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang susah serta memerlukan bantuan dan kita semua bertanggungjawab untuk membantu mereka. Namun dengan suasana yang aman serta peluang sampainya bantuan yang agak baik menyebabkan ramai di kalangan mereka ini mendapat sumbangan yang sepatutnya. Amalan kebaikan seumpama ini seharusnya disuburkan di kalangan rakyat Malaysia sehingga ianya menjadi sinonim bahawa kepedulian adalah di antara ciri istimewa kita semua.
Suasana di Palestin amat berbeza sekali. Negara mereka dijajah untuk tempoh yang panjang, penduduk mereka dizalimi dan dihalau keluar dari tanah air mereka, pembunuhan dan penderaan berlaku setiap hari, penodaan tempat-tempat suci dilakukan secara berterusan, hak-hak kemanusiaan mereka dinafikan bahkan bantuan asasi juga turut disekat sejak sekian lama.
Apa yang berlaku di Palestin adalah perancangan jahat Yahudi Zionis yang telah disokong secara terang-terangan oleh kuasa-kuasa besar barat dan PBB yang telah dikuasai mereka.
Adalah menjadi tanggungjawab kita semua di Malaysia sebagai manusia yang prihatin untuk membantu isu kemanusiaan yang telah berpanjangan ini. Apatah lagi sebagai seorang Muslim yang bertanggungjawab terhadap kesucian Baitul Maqdis dan Masid Al Aqsa yang telah diancam bahaya yang telah menjadikan permasalahan ini sebagai masalah induk umat di abad ini.

Saya ingin membantu Palestin tetapi bagaimana?

Berbagai cara dan kaedah boleh dilakukan bagi membantu perjuangan pembebasan Palestin atau sekurang-kurangnya meringankan bebanan yang dihadapi oleh saudara kita di sana. Diantaranya:


1. Memahamkan diri dan umat bahawa isu ini adalah isu kita bersama dan kita semua bertanggungjawab untuk turut mengerah keringat untuk kejayaannya.

2. Memberikan sumbangan dana untuk Palestin demi pembebasannya atau meringankan bebanan mereka setidak-tidaknya.

3. Menyebarkan maklumat mengenai permasalahan ini di kalangan masyarakat samada dengan paparan informasi di kaca televisyen, di dada-dada akhbar, di dalam media elektronik dan ceramah-ceramah serta pameran yang berkaitan dengannya.

4. Melibatkan diri dengan apa jua aktiviti dan sumbangan yang akan membantu ke arah pembebasan masjid Al Aqsa dan Palestin.

5. Berdoa agar Allah swt memberikan kemenangan kepada umat yang berjuang untuk mencari redhaNya.


Banyak lagi cara yang boleh kita lakukan untuk membantu Palestin. Persoalannya kini, adakah kita telah berbuat sesuatu untuk membuktikan bahawa saudara-saudara kita di sana adalah sebahagian daripada kita?







Demi Kebenaran Dan Keadilan


…………………………………………….......

Penyelidikan dan Pembangunan

ABIM Negeri.

Dari fail Terdapat 0 kritikan  

Antara Myanmar dan Bangladesh, mana lagi bagus??

21 January 2009 oleh Xy

 'Si Myanmar hebat' sedang menunjukkan demo sidang video kepada si Bangladesh.

Terdapat 2 perbezaan sifat yang terdapat di antara kaum pendatang di Malaysia. Kaum pertama-Myanmar(Burma). Mereka ini biasanya bersifat semulajadi mudah membangga diri. Justeru, tidak hairanlah jika mereka sanggup berhabis ribuan ringgit untuk menunjukkan tahap kemampuan serta sanjungan daripada kaum mereka sendiri. Siapa sahaja yang hidup 'mewah', akan sentiasa mendapat perhatian dan dilayan seperti ketua sesebuah kumpulan (yang kebanyakannya dari kalangan orang-orang Myanmar). Kebanyakan orang Myanmar mempunyai motorsikal yang dibeli dengan menggunakan nama orang-orang melayu di kampung-kampung. Ada juga yang mempunyai motorsikal besar setelah bekerja dan merantau  lebih satu dekad atau puluhan tahun di Malaysia. Status mereka boleh dianggap tinggi hingga sudah boleh dianggap old timer(otai) atau pelopor yang terawal berhijrah ke Malaysia. Mereka juga berkemungkinan telah banyak menabur jasa  terhadap tanah air kita dan memberi sumbangan terhadap pembentukan negara Malaysia. Menjadi 'unsung hero' di bumi asing.

Tahap pencapaian tertinggi bagi orang Myanmar adalah melalui perkahwinan. Mereka boleh berbangga jika dapat mengahwini rakyat tempatan. Lebih membanggakan lagi jika beristeri dua. Di dalam sejarah orang Myanmar, belum ada lagi yang beristeri dua. Seorang isteri rakyat Myanmar yang bertaraf penduduk tetap, seorang lagi isteri warga tempatan. Maka tidak hairanlah, ada orang Melayu yang 'meracun' dan memberi dorongan. "Mat Noor, kalau hang kahwin dua,hang lah orang Burma yang pertama buat. Mana ada lagi orang Burma kahwin dua"-kata si Melayu. Semakin resah, gelisah, tak boleh duduk diam asyik memikirkan cadangan tersebut. 

Kaum yang kedua, Bangladesh. Sifat kedekut dan berjimat-cermat biasanya diwakili oleh orang-orang Bangladesh. Mereka hidup sederhana. Cukup makan, pakai dan lebihan wang digunakan sebaiknya. Ada juga yang wang untuk dihantar ke kampung halaman. Kita biasa melihat, mereka hanya menapak (berjalan kaki) dari satu tempat ke satu tempat. Kadangkala secara solo, kadangkala berjalan secara berkumpulan. Keluar ke kedai atau pasaraya murah sambil menggendong beras, makanan dan barangan dapur.

Mereka juga kebanyakannya kurang mempunyai rasa malu. Justeru tidak hairanlah mereka boleh berjalan seiringan sambil berpegangan tangan semasa berjalan. Mereka tidak 'sehebat' orang Myanmar yang mempunyai motorsikal. Kalau ada pun, mungkin basikal saja. Itulah satu-satunya kenderaan yang mereka ada.

Mereka akan menjadi 'hebat' bila ditugaskan menjaga kaunter stesen minyak. Menjaga kaunter wang bagi mereka, mungkin boleh dianggap tinggi tarafnya seperti supervisor. Mereka pula yang mengajar kita cara-cara mengisi minyak. Macamlah kita tak tahu perihal cara mengisi minyak. Kalau tidak, sia-sialah iklan kempen mengisi minyak layan diri. Angkat, tolak, masuk, picit.

Orang Myanmar yang telah lama menetap di Malaysia biasanya sudah stabil. Dengan sedikit wang, mereka berniaga kecil-kecilan.Menjual rokok( cerut Myanmar), sirih dan makanan-makanan lain serta minuman kepada para pekerja asing lain di tapak-tapak pembinaan, rumah-rumah pekerja dan sebagainya. Si Bangladesh datang ke rumah Si Myanmar untuk membeli barangan jualan tersebut. Dalam setiap peket ada 4 keping sirih. Harga sirih peket ini boleh mencecah RM 5 jika dijual kepada orang Myanmar. Tapi, bagi orang Bangladesh hanya dijual RM1. Walaupun dijual setiap satu RM 0.25 sen. Itu pun masih lagi berkira. Kalau boleh, sekeping sirih itu pun mahu dibahagi kepada 4 bahagian lagi.

Tak ada untung kalau jual pada si Bangla.

Orang Myanmar juga berfikiran kolot. Walaupun buta IT tetapi tetap tak mengaku kedangkalan fikiran sendiri. Berfikiran sempit. Semuanya mereka tahu. Si Myanmar yang 'hebat' akan mempromosikan perkhidmatan panggilan video ala voice conference. Katanya, mereka boleh bersidang video dengan rakan dan keluarga di Myanmar. Kalau difikir secara logik, komunikasi memerlukan dua hala. Kalau satu sahaja yang ada webcam, macamana dengan orang-orang di Myanmar. Adakah mereka berkemampuan untuk membeli laptop seperti 'si Myanmar hebat' ini. Katanya lagi, asalkan ada telefon, semunya boleh. Kemungkinan 'si Myanmar hebat' tidak tahu menahu pasal itu semua. Dalam fikirannya, asalkan ada laptop dan webcam semuanya boleh. Macamana dengan sambungan internet?

Si Bangladesh yang kedekut pula akalnya panjang. Dalam kedekut ada untungnya. Mereka pergi ke kedai Myanmar tersebut untuk membeli VCD drama dan cerita-cerita yang diimport khas dari sana. Setelah habis dibelek VCD tersebut, mereka akan menyuruh si Myanmar pasang. Setelah 2-minit. Dia berlalu pulang. Esoknya datang lagi dengan modus operandi yang sama. Lama kelamaan dapatlah disimpulkan jalan cerita tersebut. Sudahnya tak beli juga.

Maka, marahlah si Myanmar. "Bodoh punya Bangla, kudukut punya orang. Mau tengok free saja". Jadi si Melayu pun mencelah " Kalau hang nak tau, kat rumah pekerja si Bangladesh, belum tentu ada VCD player. Macamana depa nak beli cd tu, nanti nak pasang kat mana? Tv pun belum tentu ada."

Dua kali lima.

Dari fail Terdapat 5 kritikan  

Boikot dan beli barangan tempatan?

11 January 2009 oleh Xy


Aku berharap pemboikotan ini tidak berbentuk hangat hangat tahi ayam. Permulaan sahaja riuh rendah, kerap forwadkan emel untuk senarai barangan, pakat-pakat boikot, dan sebagainya. Selang 2 -3 bulan terus lupa, beli juga barangan-barangan yang mereka boikot sebelumnya.

Memang diakui, barangan keperluan harian kita yang berlambak di pasaran, kebanyakannya adalah produk dari Amerika. Mereka juga sekutu kuat Zionis Israel. Tapi untuk menentang mereka tentu kita tak berjaya. Jadi apa yang perlu kita lakukan, adalah dengan kuasa ekonomi. Dengan memboikot produk keluaran Amerika, sedikit sebanyak dapat melumpuhkan sistem ekonomi mereka yang kini sudah semakin pincang. Jadi, kesempatan inilah yang perlu kita gunakan dengan sebaiknya.  

Usaha ini kelihatan kecil, tetapi memberi impak yang besar  dalam sistem ekonomi mereka.

Apakah antara barangan wajib diboikot?

Layari laman web PPIM, http://www.muslimconsumer.org.my/ppim

Belilah barangan tempatan, sokonglah IKS, industri makanan dan kuih tradisional.

Mencurah air ke drama-drama picisan

08 January 2009 oleh Xy


Kebanyakan rancangan televisyen sekarang semakin hebat. Seiring dengan perkembangan teknologi yang serba moden, penghasilan drama menjadi semakin mundur. Ini mungkin disebabkan kesan kebanjiran rancangan luar yang berada dalam pasaran tempatan. Drama-drama tv juga sudah semakin mundur. Banyak karya yang bersifat ‘bodoh’ terhasil. Mungkin inilah tempias yang terpaksa kita terima. Mungkin juga, inilah trend pasaran sekarang. Jadi, tak hairanlah wujudnya drama ala sinetron (yang kebanyakannya mengarut) di Malaysia.

Menjelang malam selepas berita , akan disiarkan drama-drama yang tak masuk akal. Si Betik, Si Bodoh Dungu & Kaca Mata Besarnya (sekadar menyebut beberapa nama). Inilah drama-drama, yang membuatkan aku loya. Kebodohan yang dibuat-buat, daif, pengotor dan sebagainya. Lawak yang basi, diungkap dan diulang-ulang setiap minggu. Klise. 

Kategori kebodohan yang dibuat-buat jatuh kepada siri Puniandi. Terdapat 3 watak utama dalam siri ini, dimana salah seorangnya adalah seorang ‘pak lawak’(gelaran bagi tukang lawak dalam sesebuah kumpulan). Dalam setiap episod, watak sahabat Puniandi, selalunya menyampuk dengan gaya bodoh-bodoh alang.

Sudahlah, aku sudah muak disajikan dengan rancangan-rancangan bodoh ini. Berlaku pertelingkahan kecil, apabila aku menonton bersama sanak saudara dalam perebutan siaran. Aku menonton sambil menyumpah dan mengkritik tentang ketidaklogikan akal yang terhasil dari karya picisan mereka. Terasa begitu terseksa untuk menghabiskan tontonan, walaupun hanya 30 minit. Ini belum lagi dicampur dengan longgokan iklan yang kerap.

Jadi, dapatlah dirumuskan disini, bahawa waktu perdana tersebut hanya untuk tontonan kanak-kanak dan bukan untuk seisi keluarga. Walaupun diklasifikasikan dengan tanda U (untuk tontonan umum). Ini kerana, setiap kali rancangan bodoh itu keudara, berlaku pertelingkahan sesama ahli keluarga. 

Stesen televisyen perlu merombak semula rancangan dan pemilihan drama yang bakal disajikan kepada para penonton. Ianya dapat memastikan agar siarannya tidak didominasi oleh sesetengah pengarah. Mungkin inilah puncanya, dimana pengarah tersebut kekeringan idea kerana terlalu banyak drama yang perlu diarah dan dihasilkannya sepanjang tahun. Ada juga sebahagian pengarah yang mengejar kuantiti drama sehingga mengabaikan aspek kualiti yang sepatutnya sehingga nama beliau bakal tercatat di dalam Malaysia Guiness Book of Records.

Jika dilihat di kaca tv sekarang, dari pagi sampai ke tengah malam, purata rancangan luar yang disiarkan begitu banyak. Rancangan ini banyak memberi pengaruh sebenarnya. Kalau dulu, anak saudara aku bercakap gaya kartun Pingu, kemudian menginjak dewasa dengan bahasa baku rancangan Dora The Explorer, mungkin satu hari nanti dia juga akan bercakap bahasa Indonesia di sekolah. Jangan pula cikgu-cikgu hairan. Itulah pengaruh.