Kisah anak Si Myanmar

01 June 2009 oleh Xy


Sambungan dari kisah Antara Myanmar dan Bangladesh, mana lagi bagus?


Anak Si Myanmar telah tamat persekolahan di salah sebuah sekolah perempuan. Sambil menunggu keputusan SPM, Anak Si Myanmar pun bekerja sementara di sebuah pasaraya besar di utara tanah air( semasa belajar pun buat kerja sambilan di pasaraya)

   Sambil menunggu keputusan peperiksaan SPM, beliau bertungkus lumus untuk bekerja, nak beli motor baru katanya. Cukup wang untuk bayaran muka, Anak Si Myanmar pun membeli motorsikal tanpa menggunakan nama orang-orang melayu di kampung-kampung sebagai penjamin.(beliau berstatus penduduk tetap). Bila dah ada motor, mulalah melencong ke lain. Menipu emaknya yakni isteri Si Myanmar 'Hebat', mula ponteng kerja. Bila ditanya oleh isteri Si Myanmar 'Hebat', dia memberi alasan hendak cari kerja baru. Bila dah ada motor, jarang pergi kerja, tak lekat di rumah, keluar bersama rakan-rakan-satu impian yang telah lama diidam oleh Anak Si Myanmar.KEBEBASAN.

   Selang beberapa ketika, datanglah si Posmen ke rumah. Dibawanya beberapa pucuk surat tawaran melanjutkan pelajaran.Tawaran yang datang semuanya dari kolej-kolej swasta. Maka semakin hebatlah jadinya perilaku Si Myanmar 'Hebat', apabila mendapat perkhabaran tentang peluang melanjutkan pelajaran anaknua. Tanpa berfikir panjang, beliau memberi perkhabaran tentang tawaran tersebut kepada rakan-rakan Myanmar dan Bangladesh lain. Masing-masing kagum dengan pencapaian anak Si Myanmar 'Hebat'. Tanpa mendengar nasihat orang-orang Melayu yang berada di sekeling, beliau mengishytiharkan bahawa anaknya bakal menjadi seorang graduan dalam bidang kejuruteraan.Si Myanmar 'Hebat' itu memang sifatnya keras kepala. Nasihat orang yang lebih arif tentang selok belok pendidikan tidak diambil peduli. Bukan senang-senang manusia, hendak memilih untuk melanjutkan pelajaran ke bidang yang lebih tinggi tanpa wang. Sudahlah menumpang di negara orang, senang-senang pula hendak melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan.

     Bila keputusan SPM diumumkan, slip peperiksaa disorokkan. Isteri Si Myanmar 'Hebat' tidak tahu bahawa dirinya ditipu selama ini oleh si anak. Apa sahaja cakap si anak, semuanya betul. Cakap dan nasihat orang lain langsung tidak diendahkan. Beberapa ketika, datanglah semula si Posmen lagi,buat kali yang entah ke berapa. Inilah hasil usaha keras anak Si Myanmar 'Hebat' untuk melanjutkan pelajaran.Akhirnya, dapatlah beliau melanjutkan pelajaran di salah sebuah kolej swasta di Negeri Sembilan. Bila ditanya kolej mana?,mereka masih bertegas menyatakan bahawa ianya bukanlah kolej, tapi universiti. Semuanya ditanggung. Susah nak menghadapi orang yang keras kepala dan 'serba tahu' seperti mereka. Salahnya, hanya mengikut kawan-kawan. Kawan anak Si Myanmar 'Hebat' yang bersama-sama memohon untuk ke kolej tersebut memang golongan berduit. Si Myanmar 'Hebat' pula hanya golongan berada bagi kategori kaumnya. Memang tidak sebulu. Maka, sibuklah anak Si Myanmar 'Hebat' untuk melangsaikan segala urusan sebelum masuk ke 'universitinya' itu. Menurut ceritanya, beliau ditawarkan elaun sebanyak RM 500 sebulan. Mana mungkin sebuah kolej swasta menawarkan elaun sebanyak RM 500 untuk pelajar asing sepertinya, sedangkan pelajar tempatan sendiri pun belum tentu dapat menikmati pakej elaun sepertinya-kera di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan.

   Hari-hari berlalu, masa semakin hampir. Maka, anak Si Myanmar 'Hebat' juga sibuk menyelesaikan segala urusannya, pergi ke bank-bank perdagangan untuk membuka akaun. Hampir kesemua akaun bank telah dibukanya, sehinggakan akaun di bank yang tidak sepatutnya juga turut dibuka. Jika dihitung, setiap bank mempunyai jumlah minimum pelaburan. Entah berapa jumlah yang dilaburkan di setiap bank tersebut yang penghujungnya entah kemana. Inilah kesannya jika berlagak pandai. Mungkin dalam pemikiran mereka, wang elaun tersebut dapat menyara kehidupan anak Si Myanmar 'Hebat' semasa melanjutkan pelajaran nanti. Mereka tidak pula memikirkan jumlah wang yang akan mengalir dan kesannya untuk menyara kehidupan di Malaysia.Hidup penuh dengan hutang.

Adakah anak Si Myanmar 'Hebat' akan terus bertahan? Masa yang akan menentukan.



Dari fail Terdapat 0 kritikan