Seputar tentang pengertian "secondhand"

05 November 2008 oleh Xy

‘Aku’ hanya manusia ‘second hand’ yang dicorak oleh budaya-Tiada ORIGINALITI, TIADA yang UNIK.

Maksudnya orang kita (termasuk aku) tiada keaslian (originaliti), tiada apa-apa yang boleh dibanggakan. Tiada kelainan.

Sebabnya?

Budaya kita kebanyakannya dipengaruhi oleh pengaruh luar. Jadi istilah "secondhand" itu bersifat tiada ketulenan. Budaya kita juga bersifat "secondhand"

Lihatlah sendiri. Sudah jelas segalanya dipengaruhi, tapi kurang disedari(mungkin kategori unconscious mind atau surealism). Baik dalam fesyen berpakaian, bahasa, budaya dan adat. Tiada keaslian, tiada yang unik. Kita hanya mengasimilasikan budaya lain kemudian diubah bersesuaian dengan kehidupan di sini. Garapan dan pembentukan dalam kehidupan yang sudah sekian lama diserap.

Keluarlah dari alam bawah sedar ini !!! Cuba fikir dan renungkan sejenak. Apa yang kita ada ?Jawapannya mungkin hampir tiada. Kita tiada apa-apa untuk dibanggakan. Mungkin sekadar Bahasa Melayu.



‘Aku’ hanya tetap manusia ‘second hand’ yang dicorak oleh budaya-Tiada ORIGINALITI, TIADA yang UNIK.

2 kritikan:

Ninie Ahmad said...

originaliti kiter sebagai org melayu..

Fesyen-BAju kurung, baju melayu, kain batik, kain pelikat,capal, tk pakai kasut? aahhaha
-tapi care pemakaian tersebut sudah tidak sesuai dengan kehidupan seharian kita..peredaran zaman...taraf hidup dh semakin meningkat...n paling penting skang bagi mereka2 adalah style...

Bahasa-dialek negeri masing2...
-tapi skarang mereka2 itu tidak lagi gunakan..katenyer kekampungan...kiter dtg kl kiter ckp key ell la..dialek kl mengikut pemahaman saya adalah rojak bahasa melayu dan bahasa inggeris...

Gaya hidup-petani, nelayan etc.
-skarang masih lagi diamalkan..tapi sudah tidak lagi menjadi pilihan...
sekali lagi..mengikut peredaran zaman..muda-mudi semakin pandai...berhijrah ke kl cari pekerjaan yg agak tidak memalukan mereka..yg agak mereka tidak perlu mereka bergelumang dengan bau hanyir ikan...Kalau ikot tradisi siang bekerja..mlm berehat di rumah..tetapi dan lagi skali mengikut peredaran zaman...malam itu umpama siang bagi mereka...

tidak salah kiter ikotkan barat..tak salah kiter ikot apa yg mereka lakukan..tapi perlu diingat ambil yg baik2 sahaja..yg betol2 memberikan manafaat pada kita..yg boleh jadikan kita lebih maju kedepan...

Xy said...

Fesyen-baju kurung, baju melayu, kain batik, kain pelikat,capal, tk pakai kasut?

Semua tu bukan original fesyen melayu. Capal bukan asli (mungkin arab), kain pelikat asalnya india. Baju Melayu pun asalnya dari kepulauan Melayu(Indonesia). Mungkin boleh dipertimbangkan.

Menurut buku yang pernah aku baca, memang semuanya dari luar. Pasal budaya jangan cakaplah. Dari perkahwinan(india)pelamin, renjis, air mawar. sampai ke perayaan dan hari raya .Mercun (China).Pelita raya (India).

Banyak lagi kalau nak dihuraikan. Kuih mungkin la asli. Sebabnya diletak dibawah label tradisional. Mungkin gabungan dari pelbagai budaya.

Maklumlah kita kan berada di dalam negara yg pelbagai kaum dan warganegara. Kewujudan migrasi dari luar ini mewujudkan pelbagai lagi pengaruh lain.

Terima kasih warga asing. Kamu membudayakan kami.