Merayau-rayau di pekan

20 October 2008 oleh Xy

Zaman sekolah aku, banyak dihabiskan dengan menunggu bas di stesen. Memang benar kata pepatah, penantian adalah satu perkara yang cukup menyeksakan. Untuk menghilangkan tahap kebosanan menunggu, aku akan merayau-rayau di sekitar pekan. Pulang dari sekolah seawal jam 2:10 petang. Perjalanan dari sekolah ke stesen mngambil masa 30 minit. Mana mungkin aku sempat mengejar masa perjalanan bas tersebut. Disebabkan jadual bas yang begitu "kerap" (jika mengikut jadual perjalanan) aku terpaksa menunggu agak lama. Daripada aku terus terseksa dengan penantian tersebut, eloklah kiranya aku meluangkan masa di pasaraya dan kedai-kedai berhampiran.

Antara tempat destinasi tumpuan aku,

1. Pasaraya

Disini aku merayau-rayau tanpa hala dan arah tujuan. Mana kedai yang sempat, aku masuk. Selalunya kedai jeans antara tumpuan aku. Aku akan mencuba seluar yang dijual (tapi tak beli sudahnya). Selalunya aku hanya mencuba sahaja. Mungkin kurang sesuai dengan potongan atau rekaannya, mungkin juga zaman berstatus pelajar telah menyekat keinginan aku untuk membeli seluar tersebut (alasan paling relevan)

Kadang-kadang aku pergi ke kedai-kedai jam serta kedai muzik untuk melihat-lihat barangan(sambil berangan) yang dipamerkan.Bahagian paling diminati tentunya bahagian cenderamata, hadiah dan aksesori. Di situ, aku dapat mencuba pelbagai hadiah. Ianya sangat menarik dan untuk dicuba. Disebabkan semangat ingin tahu yang kuat dalam diri aku, ianya sedikit sebanyak mendorong aku mencuba hampir kesemua barangan yang dipamerkan.Barangan yang dipamerkan biasanya mempunyai elemen kejutan. Itu yang membuatkan aku tertarik untuk mencuba.

Dari fail Terdapat  

0 kritikan: