Kenapa aku masih bekerja, walaupun Nepal dan Bangla sedang bercuti???

27 September 2008 oleh Xy


Hari ini mungkin ramai yang dah mula bercuti. Tapi aku masih lagi bekerja. Nasib baiklah aku tinggal di kampung halaman sendiri. Tak la terkejar-kejar nak balik beraya dan bersesak-sesak di lebuhraya. Kenapa aku masih bekerja? Sebenarnya, masih terlalu awal rasanya untuk bercuti. Sebab raya mungkin lagi 3 hari. Mungkin tak terasa sangat. Di kesempatan ini, tentu ramai yang mula pulang ke kampung halaman masing-masing. Dengan kesempatan ini juga, terdapat sebilangan manusia yang tidak dapat balik ke kampung halaman walaupun mereka bercuti. Memang benar-benar salam perantau.

Setelah 360 hari bekerja, kini mereka sudah boleh menarik nafas lega. Dapat bercuti panjang di Kota Langit (KL). Destinasi utama sewaktu hari raya ialah KLCC. Suasana hingar-bingar ini bertemankan beberapa kerat orang yang bekerja di KLCC dan mereka-mereka yang tidak dapat bercuti dan beraya di kampung. Pada hari inilah mereka secara berleluasa "menakluk" menara berkembar pencakar langit itu. Perhimpunan Hari Raya (outing ke KLCC) menjadi agenda utama. Disinilah mereka dapat bersiar-siar dan mengadakan program Jalan-Jalan Cari Pasal. Terdapat pelbagai jenis bangsa, negara dan ragam. Sungguh Harmoni. Disinilah TKI (Tenaga Kerja Indonesia), Nepal, Bangla, Myanmar(Burma), Vietnam dsb. membuat gathering dan reunion setelah setahun tidak bersua muka.

Dapat cuti atau tidak.Pergi saja KLCC itu!!!

Peribahasa yang sesuai,

Umpama burung, tumpang beramai dengan kawan yang banyak.

Maksudnya,

Orang dagang yang berhibur di negeri asing.

Dari fail Terdapat  

1 kritikan:

Zyraz Technology Group said...

memang pon...depa bercuti..dapat gaji lagi tinggi..
kita nih..kerja separuh mati... dan tak bernasib, tak cukup tanggung anak bini

azrin @ www.azrin.net